Politik Sunnah, Demokrasi Fitnah?

Alhamdulillah,

Assalamualaikum. Beberapa minggu lalu semasa cuti semester, jumpa dengan seorang cikgu/imam masjid/orang kuat PAS di kampung. Sambil bersembang2 entah antara penting dan tidak, ada antaranya berkisar politik. Pernah ke Ceramah Tok Guru (refer to ceramah hari Jumaat di Kota Bharu,yang antara yang bagi tausyiah Tok Guru, aku pun jawab, "Alhamdulillah, ada juga sekali sekala...", jawabku jujur. Cerita tentang itu dan ini dan ke satu topik, ada soalan yang sangat sukar untuk aku jawab, "dah daftar ( mengundi) ke belum?". Adeih, entah apa yang patut aku jawab entahlah. Aku memang niat taknak mendaftar.

Pernah sekali aku ajukan soalan tentang kerajaan Islam, Ustaz Zainal Setapak,kalau terbaca post nih, (rasanya dia memangbtak buka internet,sibuk dengan madrasah). Katanya kerajaan adalah janji, dan bukan sesuatu yang patut diperjuangkan habis-habisan. Suatu hari nanti ALlah tetap kan beri kerajaan, pada siapa? pada mereka yang yakin denga kejayaan dalam sunnah Nabi,mereka yan g giat dalam dakwah. Tambah ustaz, mengundi tu tak wajib (walaupun Ustaz Azhar Idrus kata wajib,heh) melainkan kerajaan yang memerintah wajibkannya,maka ketika tu jadi wajib. Jadi aku yang agak fanatik dengan pendapat ustaz2 dalam "tabligh" ni memang takde niat juga nak daftar. Wallahua'lam, mungkin suatu hari aku memangkah juga kot... Tapi kalau wajib memangkah,yang aku pilih hijau jugalah kot... Yang pasti aku tak daftar lagi,...hehe

Di sini di-copy-paste artikel Ustaz Al-Alorstari tentang pendapat ustaz2 Tabligh tentang dakwah, dan ia disertakan dengan hujahan ilmiah ulamak2, silalah baca kenapa aku tak daftar lagi...

aku rasa entry ni ada kaitan juga dengan pilihanraya kampus, tapi yang tu wajib dan tak perlu daftar, :-)



Di akhir-akhir ini timbul sesetengah golongan mencela Jemaah Tabligh kerana di dalam Jemaah Tabligh tidak ada Politik. “Tabligh ini bagus tetapi mereka tidak melibatkan diri di dalam politik”, “Tabligh ni sesat kerana tidak ada politik.” Kata-kata seperti ini memang sering kedengaran di masjid ,surau juga di dalam blog dan websites berlebih lagi ketika musim pilihanraya.

Apakah Jemaah Tabligh menolak politik. Kalau politik dimaksudkan kepada mentadbir dengan kaedah Sistem Syura yang didasarkan kepada Sunnah, maka rasanya tidak ada satu pun ‘karkun’ (Pengikut Tabligh) yang menolaknya.Tapi kalau politik itu dimaksudkan kepada Sistem Demokrasi Kepartian, maka mungkin sebahagian yang setuju dan sebahagian yang menolaknya. Sebenarnya jika kita perhatikan dengan teliti, Jemaah Tabligh ini adalah satu usaha yang berjalan bukan dengan kuasa, harta, pangkat, kedudukan wang ringgit maupun sokongan majoriti tetapi satu usaha yang berjalan di atas ‘amalan’ yang mana usaha untuk mengajak semua umat untuk beramal. Sebagaimana di dalam solat berjemaah semua jenis orang akan ikut serta. Ada orang cacat, ada yang sihat, ada yang hitam ada yang putih, ada alim, ada jahil, ada yang kaya ada yang miskin. Maknanya semua gulungan terlibat di dalam solat berjemaah tersebut.Tdak pula solat jemaah tu khusus untuk golongan cacat sahaja, khusus untuk orang kaya sahaja, khusus untuk orang alim sahaja. Bila dinamakan 'amalan' maka semuanya terlibat.

Maka jika sekiranya Jemaah Tabligh ini menjadi badan politik atau parti politik maka sudah tentunya sukar untuk mengumpulkan semua gulongan. Oleh kerana ianya adalah ‘amalan’, maka mudah untuk mengumpul seperti juga amalan haji, yang para jemaah berkumpul di Dataran Arafah.. Jika kita lihat pada parti-parti politik, sesama parti pun bergadoh dan bergolak. Sebab tu dalam Jemaah Tabligh ini tidak ada yuran bulanan, tahunan, perlembagaan, manifesto dan sebagainya. Yang ada hanyalah Usul Dakwah, dan usul dakwah ini adalah hampir sama dipraktikkan di seluruh dunia. Unsul dakwah ini boleh lah diumpamakan seperti ‘kaifiat’ di dalam sesuatu amal.

Selain itu di dalam Jemaah Tabligh mengikut hairaki Sistem Syura. Ianya bermula dari Markaz Utama sehinggalah kepada negara, negeri, kawasan dan sampai kepada marhalah dengan satu kepimpinan tampa berdasarkan semapadan negara atau negeri. Cuma ianya di dalam pentadbiran urusan dakwah bukannya pentadbiran urusan negara. Hanya itu sahaja bezanya.

Selain itu kita dapati bahawa ulama tidak sepakat di dalam mewajibkan penyertaan individu Islam di dalam Sistem Demokrasi Kepartian sebagaimana yang ada di hari ini.. Malah ada ulama mengharamkan Sistem Demokrasi Kepartian ini. Kata mereka Sistem Demokrasi Kepartian yang diamalkan sekarang ini bertentangan dengan Sistem Syura yang ada di dalam Islam. Beberapa ulama terkenal yang menolak sistem ini antaranya Syeikh Fathi Yakan sebagaimana di dalam kitab beliau “ Musykilatud Dakwah Wad Dai’yah” halaman : 132 -135. Juga Syeikh Abu Urwah Al-Lubnani melalui kitab beliau “Al-Abjadiyyat” halaman 101 -103 pada tajuk “Al Mabdaiyah Wal Marhaliyyah Fil A’malil Islami”. Selain itu Syeikh Abul Hassan Ali Nadwi Al Hassani pula menyatakan perkara yang sama di dalam beberapa kitab beliau antaranya “Ilal Islami Min Jadid” halaman 107 dan 161. Beliau ini juga menyatakan Kerajaan Islam (Politik Islam) bukan impian, bukan matlamat dan juga bukan perbualan harian Nabi saw dan Para Sahabat rahum. Perkara yang sama juga dipertegaskan oleh Mufti Washi Mazhar Pakistan di dalam kitab beliau “Al Baas Al Islami” Bil 1 Jld.34 cetakan Lakhnow, India. Beliau menjelaskan secara terperinci ta’rifan politik itu sendiri berdasarkan Sunnah. Beliau juga menyatakan mengundi dan pilihanraya adalah haram. Malah ada sesetengah ulama membezakan antara Syura dan Demokrasi Kepartian seperti berikut:

Perbezaan Antara Syura dan Demokrasi Kepartian

Sebagian orang menganggap bahwa demokrasi adalah wujud praktik Sistem Syura dalam Islam. Ini adalah anggapan yang salah, perbezaan antara keduanya bagaikan timur dan barat. Di antara perbezaannya adalah:

1. Sistem Syura berasal dari Allah dan selalu berlandaskan di atas syariat sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian berlandaskan sokongan majoriti walaupun juga disokong oleh orang-orang fasiq bahkan kafir.

2. Sistem Syura dilakukan pada perkara yang belum jelas ketentuannya dalam syariat, dan jika ada ketentuan syariat maka itulah yang ditetapkan. Adapun dalam Sistem Demokrasi Kepartian perkara yang sudah jelas dalam syariat pun dapat diubah jika suara majoritinya menghendakinya berbuat demikian, sehingga dapat menghalalkan yang haram dan sebaliknya.

3. Anggota Majelis Syura adalah kebanyakannya adalah para ulama dan yang memiliki sifat-sifat tertentu. Sedang Anggota Dewan Parlimen / Negeri dalam Sistem Demokrasi Kepartian tidak ada cirri-ciri berkenaan. Ada yang berilmu agama, ada yang jahil, ada yang bijak ada yang tidak, ada yang menginginkan kebaikan rakyat, dan ada yang mementingkan diri sendiri, mereka inilah yang menentukan semua perancangan samaada dalam sudut agama atau pun dunia.

4. Dalam Sistem Syura, kebenaran tidak ditentukan dengan majoriti tapi dengan kesesuaian terhadap sumber hukum syariat. Sedangkan dalam Sistem Demokrasi Kepartian, kebenaran adalah suara majoriti walaupun menentang syariat Allah yang jelas.

5. Sistem Syura adalah salah satu ciri-ciri keimanan, karena dengan Sisitem Syura kita mengamalkan ajaran Islam. Sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian adalah wujud kekufuran kepada Allah, karena jika majoriti memutuskan perkara kekufuran maka itulah keputusan yang perlu diikuti dan dituruti semua.

6. Sistem Syura menghargai para ulama, sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian menghargai orang-orang kafir.

7. Sistem Syura membezakan antara orang yang shalih dan yang jahat, sedangkan demokrasi menyamakan antara keduanya.

8. Sistem Syura bukan merupakan kewajiban di setiap masa, bahkan hukumnya berbeza bersesuaian dengan keadaan. Sebaliknya Sistem Demokrasi Kepartian merupakan sesuatu yang diwajibkan oleh Barat kepada pengamalnya dengan kewajipan yang melebihi kewajipan shalat lima waktu dan tidak mungkin keluar darinya.

9. Sistem Demokrasi Kepartian jelas menolak Islam dan menuduh bahwa Islam lemah serta tidak mempunyai maslahat, sedangkan Sistem Syura tidak demikian.

( Tanwiruzh Zhulumat, hal. 21-36 dan Fiqih As-Siyasah Asy-Syar'iyyah hal. 61)

Walau bagaimana pun masih ada ulama yang membolehkan Sistem Demokrasi Kepartian ini, antaranya Syeikh Yusof Al Qardawi. Beliau membolehkan kerana ianya mirip kepada keadilan. Keadilan itu sendiri adalah tuntutan di dalam Islam. Perkara yang sama juga dipersetujui oleh Syeikh Yassin Hamas, juga beberapa ulama di Tanah Arab. Selain daripada itu ramai pula yang memberi alasan sebagai darurat. Namun ianya disanggah oleh sesetengah pihak khususnya “Hizbut Tahrir” melalui beberapa siri ‘pamphlet’ yang diedarkan di masjid-masjid.

Bila bertebung ‘khilaf’ (pandangan tidak sekata) antara yang berfahaman wajib perpolitik dan yang mengharamkan politik kepartian, maka bolehlah kita ketogorikan sebagai ‘ijtihad’. Masing-masing akan ada pahala walau pun tersalah di dalam ‘ijtihadnya’. Namun bila dikatakan ‘ijtihad’ maka yang berfahaman wajib berpolitik sepatutnya tidak menyanggah atau mengutuk yang berfahaman haram berpolitik kepartian. Sebagaimana Mazhab Hanafi mengatakan tidak perlu makmun membaca Fatihah dibelakang imam dalam solat berjemaah kerana bacaan imam adalah bacaan makmum. Sedangkan Mazhab Syafie mewajibkan makmum membaca Fatihah. Masing-masing berlapang dada dengan pegangan masing-masing. Tidak pula kutuk mengutuk antara satu sama lain. Ini adalah kerana masing-masing faham bahawa ianya adalah ‘ijtihad’ dan ‘khilaf’.Berlainan ditempat kita malah menjatuhkan hukum sesat dan sebagainya.

Wallahu’alam

Peringatan Untuk Karkun dan yang berkenaan

Walau pun huraian di atas berdasarkan ‘platform’ Jemaah Tabligh namun kita diarahkan dan diminta oleh ‘Elders’ untuk menghormat semua Gerakan Islam, NGO Islam, Parti Islam. Besikaplah lemah lembut dan penghormatan yang tinggi serta akhlaq mulia. Jagalah mulut-mulut kita dari mencaci dan menghina mereka yang berfahaman yang berlainan dengan kita.

Mohon maaf jika tersalah dan tersilap juga kepada teman-teman dari jemaah atau parti Islam sekiranya tulisan di atas menyinggung saudara semua. Teruskan dengan perjuangan yang saudar yakini. Doakan untuk saya yang hina ini.

Black and White

Assalamualaikum wbt,

hehe...back to blogger
i guess the main reason y i buy a domain & hosting is accomplished (which is for testing and playing)
so i don't feel bad having it that way

back to the topic
last week i bought my first ever black jeans trousers (why black and not the common blue jeans?)

to make it short.
I soak it with my favorite white shirt(read menggali shirt) and later it surprise me that the color went all over the other cloth that I soaked with.
so there goes my favorite white shirt.I can't remove the black color as it stain in certain place of the shirt and cannot be remove easily.

well, i guess it time to say good bye to the shirt.it still can be wear though but it wouldn't look nice with the black patches.

looking the situation at different point of view

I guess this is a sign for me from Allah
because this past week i've been what i'm afraid to be (read ichigo vs hollow - and i've been that hollow)

I've done many sinful things this past week,..
I know it is wrong yet I can't control my desire to overcome it
the first time I did it really struck me in the face but then come the second and so forth
it feel like just curiosity that i feed on.

I dunno what kept me from not doing it yet it so hard to overcome it
one day I can keep it off me, yet another day it come to me much more than before

During that time, I remember what I got from usrah umum.
my mas'ul said that "the nature of the sins is that it will attact other sins towards you"..
I definitely agree with the statement, because the moment you decide to commit the sins it is hard for you to turn back as more and more sins will come towards you as if you have nothing else to do rather than committing all the sins.

that where the part white vs black comes in.
that is where this post is all about.
in life ..
one cannot mixed good with bad, black with white, deed with sins
because the nature of the bad itself will attract more bad thing and in the end it will take over good

I said this based on my experience
I've done it before
I've recovered from it before
yet now I've done it again...
and I dunno when I'll fully recover from it
I seek help from Allah through my subconscious and I got my answer from my surrounding

which I can pretty much said that it is an ibrah from a bad situation

"Sometimes you feel that it is good for you yet it is not, and sometimes you feel that what is happening to you is bad yet it is not..and Allah knows best"
Sins is like a cancer
if you want to opt it out, you have to completely remove them
don't let even a zarah of it left,..
99.9% is not enough...you have to keep out of it 101%
because a small portion of it can develop into bigger size
and once it become big again...it's hard for you to restrain it

maybe I should do like what the ulama have done before
they keep a lighter in their pocket and when they've done anything wrong they'll lite up and put the fire in their palm..so that it'll remind them of hell fire..

You can feel the impact of doing sins throughout your daily life..
if before you can wake up early, maybe around 4-5am in the morning and pray
then after you've done anything sinful in a day, it definitely hard for you to maintain waking up early.
even you might miss subuh prayer because of waking up late...
that is just a simple sign of doing sinful things

Sometimes I wonder why some people performed well yet they've done sinful thing in their daily life?
so I experiment it myself,..indeed it's true..
but then I think about it again,.deeply think of it..
is Allah agree with our sins thus He gave us success?
is the success that we gain really have barakah in it?
is this the right way to become a successful person?

My dear readers,
success don't comes easily to us,
we need to sacrifice something to gain it..
same like heaven
some people pay the afterlife with their life in the world,..so they get both of it
yet most of people pay the world with their afterlife and so they get the world but not their afterlife

we have to loose something in order to get something

indeed it is true,..
but in Islam..
the equation is different.
1 + 1 doesn't means 2
in a way you might get 2 but in another way you will get 1 again.

so think about it
to me it's better than having a better place in the after life rather than a success in this world
we worked hard
we strive our best

and it's up to Him to give us or not..
myb we'll get it now or maybe we'll get it later
but definitely we will get it...

I guess it's enough for now..
there so much thing I want to write that now it is mixed up and can't be describe well

as a conclusion..
never ever mix up white and black/good and bad



Maut menunggu

Maut menunggu

Entah mengapa ku rasa ia kian pantas mendekat,

Ia di depan, dan aku menujunya.

Maut itu semakin hampir,

Dan aku tak tahu apa yang sedang kulakukan,

Seperti segan menemunya,

Sedang ia adalah pasti.

Lambaian maut kian kulihat,

Suaranya sayup menegur,

Namaku,

Dan kurasa ia kian hampir.

Maut menunggu,

Dan aku masih terleka di sini.

Seakan ia sekadar mainan.

Wahai jiwa,

Mengertilah, maut menanti hadhirmu,

dan ia semakin dekat,

Dengar wahai jiwa,

maut menunggu.

Followers