Perhimpunan Rahmat II

Alhamdulillah kami masih sempat dengar bayan Maulana Saad,selepas bertemu dengan Dr2. di khemah khidmat perubatan. Di khemah perubatan,kami jumpa beberapa Dr...

Alhamdulillah sempat juga cari tempat kosong dan duduk di bahagiann hadapan,walaupun pada masa tu khemah besar yang dikatakan boleh memuatkan 4 ribu org already full.kami duduk di part di mana pentas berada,dan sempat melihat wajah berkat Maulana Saad.

Dikatakan orang M’sia menghormati ulamak tidak seperti orang India/Pakistan menghormati ulama’. Mereka disanjung2 sehingga ‘fana’ dengan seseorang ulama yang famous,cthnya Maulana Saad.

Begitupun,keadaannya semasa ijtimak sangat berbeza,semua yang berada di hadapan pentas dan berdiri di sekeliling khemah pentas adalah orang M’sia,dan of course majority org Melayu. Rapat2 sehingga boleh dikatakan sgt sempit.
Maulana Saad bayan subuh berakhir pada pukul 11 pg,dan byk sugguh nasihat beliau yg boleh diamalkan. Antaranya Maulana menekankan pentingnya ilmu dan kesatuan hati. Pentingnya ilmu untuk mendapatkan kesan amal dan dakwah,dan dalam usaha mendapatkan iman.Kesatuan hati dalam meningkatkan kesefahaman antara satu sama lain.

Maulana juga berpesan agar para ulama turun dalam usaha dakwah suci ini dan bertemu dengan manusia untuk mengembangkan Ilmu..banyak lagi pesanan Maulana yang Insya allah akan dipublish dalam blog ni nnt.

Habis saja setiap bayan pasti ada tasykil.semua yang ada azam untuk khuruj fi sabilillah menytakan kesediaan diri dengan berdiri dan beri nama. Kejayaan sesebuah ijtimak bila ia dapat tarik rahma Allah,sebanyak2 jemaah dapat dikeluarkan di jalan Allah. Inilah usaha tidak static di suatu tempat dan merangkumi alami.

Petangnya Maulana Zubir pula bayan,dalam bentuk puisi. Sedap sungguh bahasa Urdu,bila dilagukan seperti syair.Alhamdulillah,banyak nasihat yang Maulana beri,terutamanya untuk membanyakkan zikir kepada Allah.

Malamnya pula after maghrib Bai Wahab Sab, atau Hj Abdul Wahab, amir Pakistan. Dalam keadaan usia yang lanjut dan badan yang uzur,Bai Wahab still beri banyak nasihat untuk amalkan usaha dakwah dlm kehidupan.

Insya-Allah,banyak lagi cerita2 yg ana nak korg tau pasal ijtimak… tunggu sambungannya.
Wasalam

Perhimpunan Rahmat

Alhamdulillah,…
Berlansung juga ijtimak penuh sejarah,perhimpunan umat Islam selama 3 hari antara yg terbesar di Malaysia(mungkin perhimpunan umat Islam semasa penamaan calon lagi ramai,atau semasa sambutan kemerdekaan,heh) …

Alhamdulillah,segala pujian hanya milik Allah semata.
Nak cerita pasal ijtimak??

Kenalah cerita dari awal.from the time we start our journey,kan! Baru feeling,heh.
Kami bertolak after maghrib,betul-betul lepas salam dan doa,dari Masjid Pusat Islam,dalam 8.30 malam. Sebelum kami memulakan perjalanan,kami lantik seorang Amir. Peranan Amir?? Belajar sendiri…

Jalan yang kami ambil,jalan ke Ipoh,melalui Cameron Highland.. dalam perjalanan,kami singgah di Gua Musang untuk qasar Isyak,dan makan malam. Di atas gunung,hamper dengan simpang ke Cameron,kami dapat lihat kebun2 sayur yang disinari lampu tungsten,cantik…..

Dalam perjalanan menuruni kawasan tanah tinggi ke arah Ipoh,kami tersangkut dengan kabus.so terpaksalah driver perlahankan kereta. Dalam perjalanan,cara kami nak hilangkan ngantuk driver dengan muzakarah dakwah,dan bercerita pengalaman masing-masing..

Tak boleh tidur,sebab seronok nak ke ijtimak,tak sabar2…. Heh.

Sampai kami di RnR Tapah,kami singgah dan minum sekejap,hilangkan penat driver memandu,dan passenger menunggu sampai,(heh). Alhamdulillah,tiba kami di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA, kami Solat Subuh dan berkemas diri.Almaklum walaupun ijtimak di Malaysia baru kali pertama,kedatangannya memang dijangkakan...
(lebih 200 000 orang; Utusan)
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0711&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm&arc=hive

Kami parking kereta di kawasan parking litar Sepang sebelum dihantar dengan kenderaan shuttle ke tapak ijtimak,tak jauh dari Litar Sepang.

Driver khidmat shuttle(free) karkuzari(laporan,cerita) 4 bulan sebelum ijtimak berlansung,terdapat ‘Jemaah Tiar’ yang buat usaha di kalangan penduduk tempatan agar mereka bersedia dengan kehadiran ratusan ribu umat Islam,dengan pelbagai telatah dan kerenah sendiri. Ambil hati penduduk tempatan dan secara tidak lansung,berdakwah kepada mereka. Hasilnya,dikatakan masjid kuarters KLIA berdekatan dengan tapak ijtimak,penuh dengan orang tempatan yang menunaikan solat di masjid,masya Allah.. tak percaya??dua tiga bulan nanti ziarahlah ke masjid tu.....

Kami sampai lebih kurang pukul 8,dan disambut Istiqbal (penyambut tetamu) dengan rasa senang hati. Sebenarnya setipa khemah ada khidmat (petugas sukarela) yang ditugaskan menyambut tetamu,bhg makanan,air,tandas,dan sekuriti. Selain khidmat bekalan letrik dan kebersihan...

Apa yang ada di ijtimak?? Kita tunggu Siri 2

Adat,Ibadat

Tadi baru pulang dari berziarah ke rumah kawan se-kos di luar kampus..

Orang arab,so mestilah yang dihidangkan kopi arab dalam cawan kecil bersaiz bekas telur rebus kenduri kawen..

Cantik rumahnya,ada air-cond.. memang kemas..

Makan kurma dengan caramel,pernah??sedaaaap,macam makan coklat je..

Adat orang arab,orang perempuan xleh jumpa org lelaki,..bercawan2 kami minum air,sampai sejam setengah,sambil sembang ngan jiran die…tak nampak pun kelibat bini dia..

Rumah pulak sume bertutup..langsir,memang xde ruang org luar nak mengintai,pintu lagi tak pernah buka…

Memang orang arab dah jadikan itu adat,tapi adat yang baik..

Sabda nabi(rujuk ustaz),kalau kita cakap benda yang baik,walauupun dah jadi kebiasaan(tersasul,kebiasaan harian,tanpa niat ibadat) tetap baik.. kalau kita cakap benda buruk,walaupun dah jadi kebiasaan(mencarut,pggil nama2 yg buruk kpd org,ect…et) tetap berdosa..

Apatah lagi,menjaga isteri agar tak dilihat org luar(bukan mahram),walaupun berpurdah,jaga aurat rumah,(rumah pun ada aurat gak),dan layan tetamu…

Hmmm..,harap2 kita boleh belajar banyak lagi adab2.. Insya Allah..

Wallahua’lam,..

Followers