Showing posts with label khuruj 40h. Show all posts
Showing posts with label khuruj 40h. Show all posts

Kenapa Saya Kena Keluar IPB Selama 4 Bulan?

Assalamualaikum.

Semenjak dua ni, jiwa makin berdebar (debbar kata orang timur). Bagi seorang yang sedang melangkah dari alam pengajian ke alam pekerjaan, pasti merasakannya. Suatu perasaan di mana, tiada lagi kelas, tiada lagi esaimen, tiada lagi kawan-kawan sepengajian, tiada juga masa lepak-lepak macam budak-budak, dan banyak lagi yang jadi tiada. Asalnya, kerana status, bukan lagi pelajar. Kelebihan sebagai seorang pelajar disentap dalam masa yang sangat singkat. Apapun bukan itu asal entry ni. Cuma niatnya untuk mendokumenkan perasaan hati, bila orang bertanya mengapa aku perlu keluar (khuruj/merantau/bertabligh/bersafar/ atau seerti) selama empat bulan di tanah Hind.

Kalau ditanya, senang untuk menjawabnya. Otak exam pasti hebat dalam bab menggoreng. Cuma buat para guru, sila nasihatkan murid-murid anda, tiada istilah "goreng" bila anda dalam bidang biologi, atau lebih spesifik (berdasarkan pengalaman), bidang sains radiasi. Semuanya fakta. Semuanya yang perlu ditulis adalah fakta, yang perlu dijadikan "common sense" kalau nak mudah menjawab. Kalau tidak, alamat menjawab dari hafalan lah! Bukan mudah menjadi guru sebenarnya,kan?...

Okay, di sini hamba akan listkan beberapa sebab, mengapa saya perlu keluar IPB 4b lamanya. (IPB refer to India, Pakistan, Bangladesh atau ringkasnya Tanah Hind). Mungkin ia buat tatapan pem-follow blog, mungkin juga sebagai jawapan kepada sesiapa saja yang ingin bertanya. Tentu saya menulis dari pemahaman sendiri, bukan dari idea orang secara lansung.

  1. Untuk bersafar atas maksud agama.
    Mungkin semua selalu atau sekurang-kurangnya pernah terdengar atau terbaca tentang berjalan melihat ciptaan Allah, bersafar atas maksud agama, istilah Ibnu Sabil, mencari pengalaman waktu muda, dan sewaktu dengannya. Cuba bandingkan, seorang yang belajar di universiti/IPT, kemudian pulang ke rumah, kemudian sambung pengajian, kemudian pulang ke rumah, kemudian tamat pengajian, kemudian kerja part time, kemudian dapat kerja tetap, kemudian berkahwin dan beranak-pinak. Bagi mereka yang jenis ini, mungkin sangat jarang dapat luangkan masa ke negeri orang. Apatah lagi atas maksud agama. Tiada istilah mengembara dalam hidup. Mungkin hidup mereka gembira, tapi apa tujuan hidup sebenarnya?

  2. Untuk bersama dengan orang soleh
    Kata orang, bila kita duduk dengan seorang atlet, maka dia pasti akan berbincang tentang sukan. Tentang bola dan sebagainya. Dia akan bagi banyak tips dan petua untuk sihat dan kekal bertenaga. Belum lagi jika kita bersama dengan seorang agen Takaful. Belum sempat 5 minit berbual, pasti masuk bab insurans dan takaful. Dia akan bagitahu kita kelebihan memiliki akaun takaful, bandingkan seorang yang ada perlindungan takaful denga yang belum/ tidak ada. At last dia akan syorkan kita untuk join perlindungan takaful yang dia sedang usahakan. Begitu juga kalau kita bersama dengan orang demokrasi, orang kesihatan, orang meniaga pasar malam dan sebagainya. Dalam tempoh 4b InsyaAllah saya akan bersama dengan orang-orang soleh, yang dijangka mereka ni akan berbincang tentang iman dan amal, tentang quran dan hadith, akhir sekali dia akan taskil atau ajak saya untuk buat benda-benda baik...

  3. Gunakan masa muda sebaiknya
    Mungkin point ni tak berapa menarik dan boleh dipertikaikan. Macam mana pula veteran yang ke IPB? Mereka pun nak gunakan masa muda sebaiknya? . Sebenarnya bila dilihat lebih teliti, perkataan masa muda cukup make sense di sini. Kan ada hadith tentang janji Allah kepada orang muda yang hampir dengan masjid. Saya memilih untuk "meminjam"kan sedikit masa muda untuk berada di jalan Allah, bersafar atas maksud agama Allah, dan bersama orang-orang soleh. Untuk orang muda seperti saya, biar bejanggut dan nampak matang, tapi jiwa masih mahukan keindahan dunia dan keseronokan (enjoy). Biar berkopiah dan berserban. Kalaulah kerana kopiah dan serban orang tak buat dosa, maka jalan terbaik untuk penjenayah bila buat kesalahan ialah dengan wajibkan mereka berserban setiap kali keluar rumah, tapi hakikatnya ia tidak! Jadi untuk mengatasi jiwa muda ni, sesuatu perlu dibuat untuk "menekan" jiwa dalam jangka masa tertentu agar lebih dekat dengan kebaikan.

  4. Mengenali negara dan budaya luar.
    Sebelum saya datang ke Kelantan lebih kurang 4 tahun lalu, saya tidak ber'idea' tentang bagaimana negeri ini kelihatan. Yang ada di fikiran, lembap, tak maju, tak bagus, tak best, dan segala kualiti bermula perkataan "tak" memaknakan bahawa negeri ni terlalu negatif. Akhirnya, lebih empat tahun di sini, mengenal hati budi orang negeri ini, baru saya tahu bagaimana ia sebenarnya. Bersalaman dengan MB bukanlah suatu benda yang mustahil berbanding di negeri-negeri lain, selain banyak tempat-tempat menarik dan pasar-pasar yang memang tak dapat ketemu di negeri sendiri. Jujurnya, saya bercadang untuk tinggal di sini beberapa tahun kedepan sebelum pulang ke tempat hujan batu. Itu negeri tempat belajar dunia. Cukup sebagai bandingan, jika saya ke negeri orang, yang bukan senegara pun. Bagaimana agaknya? Tunggu lah balik nanti.

  5. Bershuhbah dengan ulama
    Bilasaja ada perkataan shuhbah, pasti saya teringatkan mana-mana jemaah Indonesia. Mereka suka benar gunakan perkataan ini atas maksud bersahabat atau bertemu muka. Dalam usaha dakwah yang sangat istimewa ni, jarang sekali seseorang yang buat usaha 5 amal untuk bertemu dengan ulama-ulama yang membimbing usaha 5 amal ini. Saya pernah ketemu Maulana Saad di Ijtimak Malaysia 2009, Maulana Zubir dan Bhai Wahab di Jhor Bangkok sekitar awal tahun 2009, kerohanian mereka dapat dirasai melalui kata-kata dan ucapan masing-masing. Mereka bukanlah orang yang terkenal, selalu muncul di kaca-kaca TV, dan di akhbar-akhbar. Mereka ialah ulama dan orang kenamaan akhirat yang hanya muncul di perhimpunan umat secara umum, paling-paling dengan kemudahan APD (alat pandang dengar)tanpa kamera dan perakam suara secara formal. Bila kata saya namakan bershuhbah dengan mereka-mereka ni, mustahil tanpa saya sendiri pergi bertemu muka di tempat-tempat permukiman mereka. Tanah Hind sudah tentu. No doubt!

  6. Persediaan ke alam pekerjaan.
    Kata Anon(2012), "semua kena start lepas IPB. Lupakan kerja dan resume, lupakan bakal-bakal bini dan nikah, lupakan sekejap tentang segala keperluan dunia, buat visa ke India dan terus terbang ke sana atas maksud agama." . Terima kasih Anon sebab nasihat anda dah jadi keputusan mesyuarat. Saya bukanlah seorang yang layak dapat kerja tetap lebih awal dari kawan-kawan lain, jadi tak perlu kejar-kejar sangat, saya bukanlah lelaki pilihan Melaya untuk cepat-cepat bertunang supaya gadis pilihan tak disambar orang, dan saya bukanlah ketua negara nak sibuk hal-hal dunia lebih-lebih sangat. Saya cuma orang biasa, dan saya adalah dalam transisi dari seorang remaja yang dengan segala kelemahannya kepada seorang pekerja dunia part time dan pekerja akhirat full time.

    Jadi untuk membezakan diri dengan orang yang menjadikan dunia sebagai maksud hidup (yang akhirnya mereka disebut sebagai orang yang bakal didakwah kepada maksud akhirat), maka saya perlu berbeza jalan hidup, perlu di"kursus"kan dan dibentuk utnuk jadi seseorang yang kuat dan tabah.Jika berkahwin pun, mereka isteri kedua saya, kerana isteri pertama ialah agama dan dakwah.

  7. Persediaan menuju akhirat.
    Akhirnya, bukan semua perkara atas dunia ni akan kekal. Mungkin lepas ni saya bakal jadi pegawai di mana-mana hospital swasta yang ternama, mungkin juga seorang yang buka syarikat dalam bidang radiasi, mungkin sebagai seorang tukang cuci tandas, mungkin seorang khadim di mana-mana madrasah, mungkin juga saya akan berkahwin, beranak-pinak, mungkin saya bakal diberi harta yang banyak atau sebaliknya, namun dalam masa paling-paling pun 70 tahun akan datang, saya akan jadi mayat. Kerja saya baring, rumah saya kbur, dan harta saya kain kafan. Keluarga yang ada hanyalah ulat-ulat yang memakan daging, dan teman-teman ialah munkar dan nakir yang bersedia bersoal jawab (minta Allah temankan kita dengan Surah Sajdah dan Surah Mulk yang dibaca lepas solat Maghrib setiap hari, dan direhatkan dari soalan-soalan kubur!). Akhir kita semua sama.

    Planlah sebaik mungkin untuk dunia, akhirnya kita bakal jadi makanan ulat. Jadi kalau nak menulis tesis, perlu ada contoh jurnal dari internet, atau rujukan research senior-senior terdahulu, begitu juga Allah dah jadikan Sahabat-sahabat Radiallahuanhum yang juga punya keluarga dan pekerjaan, punya dunia dan keinginan, juga meluangkan waktu hidup mereka untuk agama Allah. Dan mereka khabarnya sedang berehat-rehat dalam kubur sementara menanti tarikh kiamat. Kita bagaimana?
Jadi begitulah serba sedikit, tujuan dan maksud perjalanan safar yang bakal berlansung InsyaAllah dalam masa terdekat. Belum pun apa-apa, ada dah kawan memesan kain dari India, nak buat tempah baju katanya. InsyaAllah jika takde masalah dan diizin Allah, maka mudah lah jalannya InsyaAllah...

P/s: buat yang dah "terjanji", tunggulah. Jika ada, adalah ye. Jika taqdir menentukan sebaliknya, itu yang terbaik :D
P/ss: kalau rajin, sila cek typo dan letak di ruangan komen , tq...

Aku, 40h dan Kuching.

Alhamdulillah

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh, dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-Asr:103;1-3)

Alhamdulillah. Masa yang berlalu macam terlalu laju. Agaknya lagi laju dari pesawat yang menghentam WTC suatu ketika dulu, yang sejarahnya ibarat diulang2 kembali media Amrik, malah lagi laju dari pecutan yang perlu dek sebuah spaceship nak melawan graviti. Mungkin kerana andaian2 ni, Einstein menyimpulkan masa dan cahaya. Tiada yang selaju cahaya di dunia sains lening. Fiksyen2 sains mula propa mengatakan bila kita berjaya melepasi kelajuan cahaya, kita mampu kembali ke masa lepas. Teori mengarut, kononnya masa boleh diubah. Macam tengok (baca = dengar) kartun Futurama pulak. Isi penting perenggan ni ialah masa terlalu cepat berjalan. Masa mencemburui kita? kata sesetengah orang.

Pejam celik (ulang 2x), dah hampir 2 bulan aku meninggalkan Tanah Borneo. Macam semalam baru aku berdoa mohon ampun andai ada dosa aku di tanah tu. Kini aku di seberang. Biar ia dekat, tapi bukan tanah yang sama. Ingat juga aku masa berdoa agar jadikan Tanah Broneo saksikan kedatanganku dengan membawa panji dakwah, membawa niat besar meninggikan kalimah Allah,dan keberangkatan ku dari pulau besar itu denagn keredhaan Allah beserta penghuninya. Entry bukan untuk claim jemaah kami jemaah terbaik pernah sampai ke Pulau Borneo, tapi sekadar berkongsi pengalaman andai ada antara pembaca,khususnya lelaki2 ada niat nak berziarah saudara di sana atas maksud dakwah.

Sebenarnya rancangan kami ke Tanah Borneo bukan suatu keputusan mudah. Mesyuarat dan taskil dibuat awal 6 bulan. Tafakut 4 bulan sebelum berangkat. Faktornya, ada antara kami yang sedia untuk khuruj selepas Latihan Industri, dan ada pula yang belum tamat semester. Jadi tarikh diputus dan dihantar ke Sri Petaling. Azamnya ke Bumi Sabah, belajar usaha dari karkun2 Josh di sana, dengarnya. Tapi cukup puas hati bila diputuskan ke Bandar Kuching. Asalkan jauh ke seberang. Aku dah berpesan kepada beberapa ahli jemaah, jika aku mati di sini, tanamkan aku dimana aku mati. Sekadar belajar dari kisah para Nabi, dimakamkan di mana mereka wafat. InsyaAllah diterima Allah.

Tiket taklah berapa mahal sangat, sebab kami beli 2 bulan awal. Masih dalam promotion. Allah belum pilih untuk korban yang besar2 lagi agaknya.

Selesai musyaqqah masing2, kami semua berjanji untuk bertemu semula di Masjid Bandar Baru Sri Petaling. Agak kecewa, apakan daya, beberapa jemaah yang ditaskil dan sudahpun tafakut dan beli tiket, tiba2 menarik diri saat akhir,. Mungkin salah aku tidak mendoakan penerimaan setiap ahli jemaah. Apapun agak sukar sedikit buat orang tempatan kawasan kampus kami merangkap amir sab sementara jemaah yang belum sempurna ni. Aku lupa orang tanggungjawab markas yang bantu kami cukupkan jemaah. Walhasil, jemaah kami terbentuk sempurna dan diputuskan seminggu dalam kawasan markas Sri Petaling, Puncak Alam. Fasa 3. Pernah sampai tak? Kawasan baru, tapi sudah ada usaha sejak beberapa lama. Dengarnya hampir 50 orang lelaki pernah khuruj sekurang2nya 3h. Wallahua'lam.

Selesai taskil seminggu, kami kembali ke markas sehari awal sebelum flite. Persediaan katanya. Adalah ceritanya lagi,macam2. Bak kata seorang jurnalis Nat Geo, "Anda menonton hasil yang siap dan sempurna, tapi sebenarnya di belakang hasil yang sempurna untuk ditonton ada seribu satu kisah kepayahan dan kegagalan dalam menghasilkannya". Samalah macam entry ni, InsyaAllah ceritanya baik2 ajja~ loghat filem melayu lama.

Pendek ceritanya ,dek menunggu flight jam 7.00am,kami dah sampai dan menginap sementara di lobi menunggu Airasia sejak tengah malam lagi,. Adalah ceritanya yang tak berapa best dibaca. Tapi ada moral value:
1 jaga harta anda sebaik mungkin.
2 jaga iman dan amal ketika di lobi. cadangan baca taklim
3 ikut perintah amir sab
4 sentiasa berjalan berteman di airport, dengan kebenaran amir sab.macam2 boleh berlaku
5 pendek kata 4 perkara yang perlu diperbanyakkan sangat la perlu diperbanyakkan, terutama bila 1st tyme di airport (macam saya)

Antara pesan amir sab, sentiasa perbetulkan niat. Kita naik flite bukan untuk seronok2 atau saja suka2, atau bila balik kampung nanti boleh bagitau pada orang kampung "saya dah naik belon (kapal terbang ~ loghat swak)" dan sebagainya. Tapi niatkan hanya kepada Allah. Buat kerja agama Allah dan berkhidmat untuk Allah. Nak keluar jauh2 atas maksud cari redha Allah dsbgnya.

Naik flite 1st tyme agak ketar juga., tapi bak kata salah sorang ahli jemaah, bila keluar jalan Allah, jangan takut mati jalan Allah. InsyaAllah syurga saja balasannya (tolaktambah begitulah katanya). Aku jadi lebih berani sikit. Awan kumulunimbus pun rasanya banyak kena langgar melalui rasa getar2 dan pemerhatian ke luar tingkap. Hatiku mula berzikir.....

~~~~~~~~

part ni, hamba Allah tertidur sebelum sampai ke Airport Kuching. InsyaAllah bila bangun nanti sambung kendian.

p/s: karkuzari belum bermula....

Wassalam



Followers