Taklim Rumah...

Assalamualaikum.

Minta cadangan/ syor untuk saya hidupkan taklim masjid dan taklim rumah...

Situasi masjid > tiada karkun
> imam, bilal dan orang kampung ok
> kehadiran solat Asar 1/2 solat Maghrib
> orang muda ada beberapa orang potensi
> jemaah jarang masuk.. 1/tahun .

Situasi rumah > saya dengan mak saja..
Syor anda amat-amat dihargai...

Jom Belajar Graf

Assalamualaikum...

Cuba tengok #1, tu namanya entrance surface dose.
#2 tu ialah maximum dose.
#3, dari graf kita lihat dose akan berkurang tapi takkan jadi kosong.

Kaitkan dengan Islam.

#1 : Awal-awal Islam, Nabi SAW mulakan dakwah sendiri. Dengan izin Allah, #2 tiba, bila turun ayat Al-yauma akmaltu lakum dinakum. #3 Islam akan kekal dengan janji Allah. Begitu juga, dose akan berkurang tak mencapai kosong. :P

Selamat belajar

Tersebut dalam Hadith;

أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِي جَمْرَةَ سَمِعْتُ زَهْدَمَ بْنَ مُضَرِّبٍ سَمِعْتُ عِمْرَانَ بْنَ حُصَيْنٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : خَيْرُ أُمَّتِي قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ قَالَ عِمْرَانُ : فَلاَ أَدْرِي أَذَكَرَ بَعْدَ قَرْنِهِ قَرْنَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا ثُمَّ إِنَّ بَعْدَكُمْ قَوْمًا يَشْهَدُونَ وَلاَ يُسْتَشْهَدُونَ وَيَخُونُونَ وَلاَ يُؤْتَمَنُونَ وَيَنْذُرُونَ وَلاَ يَفُونَ وَيَظْهَرُ فِيهِمْ السِّمَنُ

Syu'bah telah mengkhabarkan kepada kami, daripada Abu Jamrah, aku mendengar daripada Zahdam bin Mudarrib, aku mendengar daripada Imran b Husain r.anhuma, dia telah berkata : "Telah bersabda Rasulullah s.a.w. : " Sebaik-baik umatku ialah yang hidup pada kurunku, kemudian yang mengikuti zaman mereka dan kemudian yang mengikuti zaman mereka. " Imran berkata: " Aku tidak tahu samaada disebut selepas kurunnya dua kurun atau tiga kurun. Kemudian sesungguhnya selepas kamu ada satu kaum yang bersaksi sebelum diminta menjadi saksi, mereka mengkhianati dan tidak dipercayai, mereka berjanji dan tidak menepati, dan jelas pada mereka As-Siman"

Jangan Tinggal Daku

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Diriwayatkan hadith daripada Syadad bin Ausin (r.a) berkata hadith ini daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Orang yang pandai (atau bijak) itu adalah barangsiapa mengira-ngira pada dirinya (yakni, menghisab dunianya sebelum matinya) dan beramal dengan apa-apa sesudah matinya (yakni, menyiapkan sebanyak mungkin bekalan untuk akhiratnya), dan (orang) yang lemah adalah orang yang mengikuti dirinya (yakni, menghisab kesedapan dunianya), hawa nafsunya dan berangan-angan dia atas Allah (a.w) (yakni, tetap inginkan kerahmatan Allah (a.w) untuk mendapat syurga).’ Berkata at-Termidzi bahawa hadith ini hadith hasan (baik).


InsyaAllah lusa kertas akhir untuk semester ini. Terima kasih, dan semogaberjaya juga kepada yang sudi bagi dan minta monte-basi. :P. Dan hari ni juga, teman sebilik pun dah dalam perjalanan ke Kota Tinggi. Doakan semoga dalam pemeliharaan Allah.

Sunyi pula bila rumet dah balik. Teringat pula masa mula-mula pulang ke kampus, terngiang-ngiang suara bonda di telinga. Dua bulan cuti memang bersama mak. Ke mana saja. Bila balik, memang terasa, sunyi sikit. Payah nak biasakan suasana dan keadaan kampus walaupun dah naik tahun akhir. Rumet pula pulang lewat untuk selesaikan hal-hal berkaitan. Sebulan lebih tanpa rumet, seorangan di bilik satu katil double deck. Terbiasalah diri tinggal seorang di bilik dua katil.

Sampai masanya, teman sebilik pun mendaftar. Mula rasa agak rimas, sebab sebelum ni sendiri.Lama-lama sesuaikan diri barulah boleh terima kehadiran si-rumet :P .

Petang tadi rumet dah pulang ke kediaman beralamat i/c beliau di Kota Tinggi. Belum sempat kaki beliau melangkah keluar dah terasa lain. Suntilah rasa bilik ni. Takdelah teman nak berbual bila boring study dan sebagainya. Mungkin sebulan cuti tak lama, tapi nak sesuaikan keadaan memang agak payah.

Terfikir hari pertama nyawa dicabut. Ketika tu tiada apa daya dah. Semua ahli keluarga, kawan-kawan yang biasa dibuat teman berbual, rakan-rakan seusaha, makcik-makcik kafe yang masak sedap, semuanya tak dapat mendengar kata-kata orang yang nyawanya dicabut.

Malam pertama di tempat tidur underground tanpa lampu dan kipas, dengan selimut putih yang kotor dengan bau tanah, semuanya bukan benda yang biasa. Aku terfikir bagaimana nak biasakan diri dengan keadaan tu.

Mungkin hari ni Allah kurniakan taufiq untuk amalan tertentu, semoga dengan amalan-amalan yang baik diterima Allah, jadi teman di alam yang baru, suasana yang baru. Dengan beberapa -janji-janji Allah, semoga dia kekalkan dan bantu untuk tetapkan jiwa selama hidup ni untuk beramal buat persediaan sebelum mati...

p/s: doakan saya exam final paper rabu ni...

Followers