Andai Tiga Ta Jadi Buruan... Andailah.


Alhamdulillah,

Assalamualaikum. انداي تيݢ تا جادي بوروان

Islam tidak terbangun dengan kelebihan.~~~

Sila baca ini dulu ya!

Ini jawabku

@seorang tidak berharta
@seorang yang tidak berpangkat
@seorang yang tidak banyak Ilmu

Kalau dan harta kekayaan asbab cemerlangnya Islam,maka yang lebih utama menyebarkannya adalah Abu Lahab dan Abu Jahal, Orang Syam sebab terenya meeka beniaga.

Andai kekuatan dan kerajaan faktor tersebarnya Islam, pastilah nabi bukan yang paling layak. Baik juga kiranya Allah memberi hidayah kepada salah satu raja dari Rom dan Parsi, keana ia bukan suatu yang mustahil bg Allah

Jikalah ilmu asbab berkembangnya Islam, maka yang paling layak tentulah pemimpin2 agama Yahudi yang sangta bepengaruh di kalangan og Yahudi dan orang Arab ketika itu.Kerana di tangan mereka ada taurat yang nyata masih suci tanpa penyelewengan walaupun yang diaja adalah yang terseleweng. Ini juga bukan mustahil bagi Allah untuk memberi hidayat pada mana2 Ulaam mereka.

Tapi hikmah Allah , dakwah ini diberi pada seorang yang yatim tidak berharta,malah rezekinya tersalur dari seorang Isteri yang Solehah pemimpin para mujahidah Syurga. Asbab dakwah Allah memberinya harta dari orang2 yang berharta.

Dakwah disebarkan oleh seorang pemuda dari Bani Quraisy yang tidak berkerajaan malah tidak mengenal erti membaca menulis,apalagi mahu bedebat berlaga ayat. Lemah tanpa mampu memberi perlindungan buat orang2 yang mengikutnya. Namun asbab dakwahnya Allah lantas membei ketakutan kepada raja2 lalu takhtanya ditumpas.

Dakwah rasulullah ini mulanya pada seorang yang diajar satu ayat, lalu dijawab "aku tidak tahu", maka apakah yang harus disampaikan pada kaumnya,melainkan apa yang diberi sedikit2 oleh tuhannya. Lalu asbab dakwahnya yang ditanggung bersama derita itu, Allah menurunkan kitab yang terpelihara dan hikmah yang bermakna buat umat yang seterusnya.

Lalu atas alasan apakah aku tidak mampu mengmbil tugas ini. Seorang yang banyak harta,lalu berani mengatakan"aku punya banyak harta,maka dengan ia aku kembangkan Islam ini." ~ Di mana orang2 kaya Andalus yang milik mereka harta 2 dan kerajaan yang besar antara dua Sungai????Adakah tidak lagi tanda2 kekayaan mereka?

Atas sebab apakah ada yang mengatakan " aku punya kerajaan maka dengan kerajaan ini akan ku perintah Islam dilaksana, dan dengannya aku sebarkan". Lalu mana beza dgn Khilafah2 dahulu yang punya kekuatan lebih besar lebih kuat dari Amerika kala ini?

Atas maksud apakah ada yang berkata,"aku telah ajarkan ilmu2 agama ini,dan ia jihadku" ~ lalu adakah beza dengan Wali2 Yahudi yang mengajarkan Taurat kepada pengikut2nya?~ lalu adakah kamu fikir Yahudi tidak mengajarka Taurat kepada anak2 mereka?

Tidak,bahkan kerana pengorbanan meltakkan harta ,takhta, dan wanita di tangan, dan kekuasaan dan nusrah Allah di fikiran,maka apakah lagi yang lebih kuat kuasanya dari tuhan yang memegang tampuk kuasa di Arasy Adhim?

Wallahua'lam. tatata.. (",)

PROGRAM KURSUS INTENSIF TALAQQI KITAB 2011


PENGENALAN

Satu kursus pengajian ilmu agama secara intensif berkonsepkan talaqqi (belajar secara bersemuka dengan guru) kitab ulama dahulu dengan gabungan aspek ilmu tauhid, feqah, dan tasauf yang dihimpunkan di dalam sebuah kitab berdasarkan sumber yang digali dari Al-Quran dan Al-Hadis sebagai memenuhi keperluan asas mahasiswa yang sibuk untuk belajar dalam masa yang panjang

OBJEKTIF :

· Mendedahkan kepada Mahasiswa teknik menuntut ilmu agama yang berkesan sehingga mampu untuk menguasainya dalam masa yang singkat.

· Sebagai satu momentum yang penting untuk menaikkan semangat motivasi dalam beramal ibadat.

· Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab yang mewarisi sistem warisan ilmu Rasulullah SAW.

· Memberi pendedahan mahasiswa tentang sistem pendidikan di Pondok yang telah banyak melahirkan golongan ulama-ulama silam yang masyhur dengan kealiman mereka.

· Menjalinkan hubungan antara Mahasiswa dengan pihak Madrasah Pengajian Pondok, terutama dengan pihak Pertubuhan Khairu Ummah. Hubungan sedemikian dapat berkerjasama untuk memartabatkan Agama Islam yang kita anuti.

KENAPA ANDA PERLU MENGHADIRI KURSUS INI DAN APAKAH FAEDAHNYA?????

1. Menuntut ilmu agama itu adalah fardhu ain. Wajib bagi kamu untuk mempelajari dan mengetahuinya

· Ilmu tasawuf itu ibarat mutiara di lautan. Ilmu feqah pula ibarat sebuah kapal. Ilmu usuluddin itu d umpamakan lautan. Kamu tidak mampu memiliki mutiara andaikata tidak menemui lautnya dan tidak memiliki kapal. Jikapun kamu menemui laut, jalan untuk memiliki mutiara adalah sangat sukar dan mustahil tanpa kapal sebagai pandu arah dalam pencarian kedudukan mutiara. Jikapun kamu memiliki kapal dan laut, tanpa mutiara itu umpama hidup yang tiada arahtujuan.

2. Amalan ibadat tidak akan diterima jika iktikad tersasar dari aqidah ahli sunnah wal jamaah.

· Agama itu sebagai sepohon pokok, maka tunjang akar dan batang pokok adalah iqtiqad atau kepercayaan, manakala cabang dahannya adalah ibadahibadah yang lahir. Jika rosak tunjang akar dan batangnya,maka luruh dan rosaklah cabang dahannya. Begitu juga dengan Agama, jika rosak aqidah atau iktiqad seseorang itu, maka tiada berhasillah ibadahibadah yang lahirnya.

· Sebagaimana Imam Ghazali Menjelaskan: “ Bagaimana mungkin engkau menyembah sesuatu (ALLAH) yang engkau tidak megenalinya dengan nama-namanya, sifat-sifatnya, sifat yang wajib baginya dan sifat yang mustahil untuk disifatkan terhadapnya. Terkadang engkau mengiktikad pada zatnya dan sifatnya (nauuzubillah), perkara yang yang menyalahi dengan kebenaran, maka jadilah ibadah engkau habuk yang berterbangan.” (Kitab Minhajul Abidin : Aqabah Ula- Aqabah Ilmi)

3. Setiap amalan tanpa ilmu adalah amalan yang tertolak & tidak diterima serta sia-sia

· Sabda Nabi,maksudnya: “Ini krn sesiapa yg beramal tanpa ilmu, banyaklah dia merosakkan sesuatu yang dia hendak mengelokkannya. Lagi sabdanya: “Ilmu itu imam bagi amalan dan amalan itu mengikutinya.”

4. Kuasai Ilmu fardhu ain adalah utama berbanding ilmu –ilmu lain atau perkara-perkara ibadat yang lain malah lebih utama daripada berperang fi sabilillah.

· Pesan Saidina Ali bin Abi Talib : Orang yang berilmu(belajar ilmu agama) lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang berilmu, maka terjadi suatu kekosongan dalam Islam yang tidak dapat ditutup selain oleh pengantinya (yg berilmu juga).

· Diriwayatkan oleh Abi Hurairah r.a. katanya : Demi Allah, Aku mengetahui satu bab daripada ilmu tentang suruhan dan larangan adalah terlebih dikasihi olehku daripada 70 peperangan fi sabilillah.

5. Sebagai seorang pemimpin samada pemimpin terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara amnya wajib bagi kita menguasai ilmu asas agama.

· Kata Saidina Omar:” Pelajarilah ilmu kefahaman agama sebelum kamu jadi ketua.”

6. Perjuangan kita sebagai mahasiswa bukan atas dasar semangat semata-mata namun perlulah berjuang atas dasar kefahaman agama. Ini kerana semangat ada turun naiknya namun kefahaman yang jelas akan membawa istiqamah selamanya.

Maklumat Lanjut sila layari : http://khairuummah77.wordpress.com/

SAMBUTAN JUBLI EMAS PONDOK PASIR TUMBOH

Alhamdulillah.








SAMBUTAN JUBLI EMAS PONDOK PASIR TUMBOH

TARIKH : 22/4/2011 (18 JAMADIL AWWAL 1432)

TEMPAT : MADRASAH ADDINIAH ALBAKRIAH
PONDOK TERUSAN PASIR TUMBOH
KUBANG KERIAN KELANTAN

MASA : BERMULA DARI 8:00 PG HINGGA 11:00 MLM

SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADHIR

ATURCARA MAJLIS

8:00 PG :PENDAFTARAN

PENGKISAHAN SEJARAH PONDOK

MESYUARAT AGONG ALUMNI PONDOK

PERASMIAN PERHIMPUNAN ALUMNI

OLEH TG HJ NIK ABDUL AZIZ

9:30 PG : DISKUSI ILMIAH I

TN GURU HJ GHAZALI SEKAM

1:30TGH : SOLAT JUMAAT

PERASMIAN JUBLI EMAS

KDYMM SULTAN KELANTAN

4:45 PTG : SOLAT ASAR

DISKUSI ILMIAH II

TG HJ ISMAIL SEPANJANG

7:30 MLM : SOLAT MAGHRIB

KULIYAH MAGHRIB

9:30 MLM : CERAMAH PERDANA

PANEL JEMPUTAN

  1. YB USTAZ TAIB AZAMUDDIN
  2. USTAZ HJ ZULKIFLI B HJ ISMAIL
  3. USTAZ HJ NASARUDDIN B HASSAN TANTAWI
11:00 MLM : MUSAFAHAH BERSAMA ULAMAK2

SEMUA DIJEMPUT HADHIR.


zerrysus@gmail.com

Followers