Buatlah Pertimbangan yang Adil

Assalamualaikum.

Sungguh menghairankan dengan posting beberapa blog akhir2 ini yang giat menyalahkan Jabatan Agama dalam kes seorang YB bukan muslim yang memberi ucapan di sebuah masjid/surau baru2 ini. Apapun itulah resam manusia, apa2 yang "berlaga angin" itu yang diambil sebagai phak yang disokong. Yang Pro-K tentunya bersetuju dengan keputusan Jabatan, manakala yang Pro-P tentu menentang. Tiada yang bijak mengambil langkah menyiasat dan bersangka lebih adil dalam hal ini.
Di mana keadilan kita dalam berfikir?

Setiap orang pasti tahu mana patut diletakkan selipar, dan mana patut disimpan kopiah (bagi yang tak pakai kopiah).

Tetapi bila melibatkan puak sendiri dan kaum sendiri pasti pertimbangan akal diambil sebagai sumber hukum kedua. (Kes ini khusus dalam hal2 semasa).

Disini saya ingin memetik tulisan Dr MAZA dan komen beliau yang sederhana dalam hal ini. Dan seterusnya kesimpulan yang boleh diambil;

Saya Bukan Mempertahankan YB Teo Nie Ching
Oleh: Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
Sumber: http://drmaza.com/home/?p=1218

Ada media yang melaporkan saya mempertahankan tindakan YB Teo Nie Ching, saya kira laporan itu kurang tepat. Saya tidak campur dalam urusan politik beliau dan tidak mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku. Cuma, saya menegaskan beberapa perkara berikut;

1. Bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya. Juga untuk urusan dengan orang muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi s.a.w bukan muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah s.a.w.

~(ulasan saya; adakah kita yakin YB Teo masuk masjid atas maksud mengenali Islam,.. sekiranya YA, maka logik akal banyak lagi cara boleh dibuat selain memberi ucapan dalam masjid. Jika sekadar dia adalah seorang YB,maka dia diberi keizinan memberi ucapan,maka pertimbangan adalah silap ~ berdasarkan pernyataan Dr Asri #1. Banyak lagi tempat yang lebih molek untuk beliau beri ucapan selain berdekatan tempat Imam. )

2. Isu-isu agama Islam hendaklah dinilai dengan timbangan agama yang berteraskan dalil dan hujah. Menggunakan neraca politik kepartian untuk menilai isu agama boleh merosakkan kesucian agama ini. Islam dibina atas hujah dan dalil, sementara politik kepartian sering dibina atas persepsi dan prejudis.

~(ulasan saya; 2. secara dasar, Jabatan Agama harus bebas dari pengaruh politik. Sekiranya kita bersangka baik dengan jabatan, maka beberapa kesimpulan boleh diambil
*mesyuarat telah diadakan dikalangan orang yang ahli,jadi menghukum mereka secara dasar pernyataan tanpa bertanya dahulu adalah kesilapan besar
*hujah ini mungkin boleh diterima pakai ~ berdasarkan mazhab syafi'e, menurut pedapat Imam Nawawi, orang kafir boleh masuk mana2 masjid selain masjidil haram,tetapi dengan kebenaran orang Islam. dan sekiranya masjid tersebut di bawah seliaan jabatan,maka "statement" larangan mereka kepada YB Teo adalah tepat. )

3. Bukan muslim, bahkan muslim juga tidak boleh menggunakan masjid untuk tujuan politik puak dan peribadi.

~(ulasan saya; 3. sekiranya kita manusia yang jujur,maka teliti dahulu apa yang diucapkan oleh YB Teo,sama ada terdapat sebarang kaitan politik. Sekiranya wujud, maka muhasabah diri bagi setiap penuduh amat digalakkan (terutama bulan ramadhan ni) )

4. Pandangan dan pendapat mengenai Islam hendaklah berteraskan hakikat Islam yang sebenar. Pendekatan sesetengah golongan politik kebelakangan ini menggunakan isu agama untuk membangkit permusuhan kaum sehingga boleh menimbulkan salahfaham terhadap Islam, sebenarnya tindakan itulah yang mencemarkan Islam.

~(ulasan saya; 4. untuk pernyataan #4, no comment. sekadar mengingatkan, bukan semua orang di jabatan agama berfahaman pro-****.)

Wallahua'lam. tidak mempertahankan siapa2,cuma saya amat bersetuju dengan Dr Asri yang tida berpandangan berat kepada mana2 pihak,sebaliknya membuatkan kita berfikir dan bijak memberi putusan yang adil.

Janganlah kerana seorang yang kufur (atau sekurang2nya belum mendapat hidayah Islam), kita sesama Islam bercakaran. Ini merupakan salah satu sebab Wilayah Islamiy gagal diwujudkan. Perkara ini umum berlaku di mana2,bahkan di dunia Arab, kerana kita saya lebih melihat keburukan dari kebaikan.

Mohon komen sekiranya silap. Muzakarah InsyaAllah.

Wassalam.

Tarawikh ; Beza Kita dan Mereka

Alhamdulillah, Ramadhan kian menjangkau ke akhiran. Ahli2 Ilmu dan Abid pasti merasakan kesedihan bakal berpisah dengan tetamu mulia ini. Entah masih ada usia dan taufiq untuk menga'malkan apa yang dibuat untuk Ramadhan ini.

Malam tadi Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk berbuka di Masjid Telipot dan hadir tarawikh di Qariyah Ramadhan Kota Bharu. Tarawikh diimamkan oleh Syaikh Arab,yang tidak dipastikan namanya.

Kemudian dari itu juga forum yang dipengerusikan Ustaz Saibon, dan beberapa Ahli Panel. Jemputan UStaz Zawawi (yang selalu masuk TV) dan berkisar Ramadhan,Al-Quran, Tarawikh dan sebagainya.

Disini dipetik satu artikel tentang tarawikh di Madrasah Uloom Deoband, moga Allah memilihku ke sana untuk bershuhbah dengan Ulamak2nya. Amiin.


Kembara Deoband 20: Terawih Di Deoband


Sebelum Ramadhan lagi biasanya siapa-siapa yang hendak menjadi imam terawih akan bersiap sedia mengulang dan menyemak Al-Quran masing-masing dengan pentasmi`kan. Mereka akan mengisi masjid-masjid Deoband. Di Deoband tidak ada surau. Walupun saiznya kecil lebih kecil daripada surau di Malaysia ia tetap dinamakan masjid. Ada juga yang menjadi imam di rumah. Terutama apabila imam itu kanak-kanak. Solat terawih diadakan di rumah juga supaya wanita boleh mengikutinya. Ini kerana tiada ruangan disediakan untuk wanita di masjid-masjid di Deoband. Malah boleh dikatakan di seluruh India begitu. Ada juga yang menjadi imam di bilik-bilik maulana kerana mengimami mereka. Ada yang hanya berimam di bilik hostel masing-masing dengan hanya seorang makmum hafiz di mana mereka bergilir-gilir menjadi imam.

Di sekitar Darul Uloom sahaja ada banyak masjid. Masjid Tayyib, Masjid Qadi, Masjid Kamal Shah, Masjid Usmani, Masjid Sharamzudin, Masjid Shah Wilayat, Masjid Lal, Masjid Jamek, Masjid Rashid, Masjid Chatta, Masjid Darul Uloom, Masjid Darul Uloom Waqaf, Masjid Madani, Masjid Sheikhul Hind, Masjid Safid dan banyak lagi. Malah di Deoband sahaja ada puluhan masjid kalau tidak ratusan. Kesemua masjid mengadakan terawih sebanyak 20 rakaat sesuai dengan fatwa Darul Uloom. Kesemua masjid juga akan menamatkan Al-Quran 30 juzuk sepanjang Ramadhan walaupun ada yang menamatkannya lebih daripada sekali. Setiap imam terawih akan ditemani oleh sekurang-kurangnya seorang penegur. Jika kebetulan di kalangan makmum ada yang hafiz maka ramailah tukang tegur. Kebanyakan masjid makmur dengan makmum. Hampir kesemua lapisan masyarakat turun bersembahyang terawih. Daripada yang alim sampai ke yang jahil-jahil. Daripada yang kanak-kanak hingga kepada orang-orang tua. Tiada yang keluar ketika solat witir. Apakah pemangkin yang menyebabkan mereka eager untuk berterawih sedangkan tiada tazkirah dicelah-celahkan?. Tiada selawat dilaungkan antara rakaat-rakaat terawih. Tidak ada more disajikan. Tiada tahlil dikendalikan. Hanya semata-mata ibadat terawih difokuskan. Cukup simple. Di Deoband juga tiada saguhati disediakan untuk imam. Darul Uloom memfatwakan imam terawih tidak boleh menerima duit hanya kerana menjadi imam solat terawih. Tetapi dibolehkan kalau disertakan dengan menjadi imam solat fardu selama sebulan itu. Ini kerana dalam kitab-kitab fekah menyatakan bahawa imam solat fardu boleh menerima ganjaran. Oleh itu ganjaran yang diterima bukan untuk terawih tetapi untuk solat fardu.

Sumber;

Salasilah Keturunan Habib Munzir Al-Musawwa

Soalan 1:Assalamualaikum Wr. Wb. Minal Aidin Wal Faizin Mohon Maaf sebelumnya Bib....pada kesempatan ini saya ingin bertanya tentang salasilah Habib sendiri sampai dengan Rasulullah SAW ? Saya sudah membaca di majalah Al Kisah, tetapi hanya terdapat dua nasab Habib sendiri. Mohon penjelasannya. Terima Kasih.

Munzir : Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh, Semoga Allah melimpahkan cahaya kerindhoan Nya kepada anda, terus terang saja catatan nasab saya ini saya kurang suka menampilkannya dan mempamerkannya, kerana belum pantas saya menyandang gelar keturunan Rasul saw, Yaa Allah.. Betapa hinanya saya ini dan sangat jauh dari selayaknya keturunan Rasul saw. Namun demi memenuhi permintaan anda yang menjadi Tamu Mulia di website kami maka saya memberanikan diri menuliskannya :

Hamba penuh Dosa Munzir bin Fuad bin Abdurrahman bin Ali bin Abdurrahman bin Ali bin Aqil bin Ahmad bin Abdurrahman bin Umar bin Abdurrahman bin Sulaiman bin Yaasin bin Ahmad Almusawa bin Muhammad Muqallaf bin Ahmad bin Abubakar Assakran bin Abdurrahman Assegaf bin Muhammad Mauladdawilah bin Ali bin Alwi Alghayur bin Muhammad Faqihil Muqaddam bin Ali bin Muhammad Shahib Marbath bin Ali Khali' Qasim bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad Almuhajir bin Isa Arrumiy bin Muhammad Annaqibm Ali Al Uraidhiy bin Ja’afar Asshadiq bin Muhammad Albaqir bin Ali Zainal Abidin bin Husein Dari Fathimah Azzahra Putri Rasul saw.

Semoga Cahaya kesucian Idul fitri, keberkahan, pengampunan dan segala rahsia keluhuran yang terpendam pada hari Idul fitri 1 syawal ini terlimpah pada anda dan keluarga, Amiin

________________________________________


Soalan 2: Yang saya cintai Hb Munzir Al Musawa , saya ingin mengajukan beberapa pertanyaan,yang sebenarnya pertanyaan ini diajukan oleh teman kerja saya yang saya tak dapat menjawabnya secara detail,iaitu mengenai salasilah keturunan Rasulullah yang menurut dia terputus nasabnya di Imam Hasan dan Husein yang tewas di Perang Karbala sehingga tidak ada lagi keturunan Rasulullah saat ini, mohon jawapan dari habib, saya secara peribadi sangat meyakini keberadaan Zuriah Rasul saat ini tetap ada. Jazakallah.

munzir Re:Nasab Habaib - 2005/11/29 12:22

Alaikum salam warahmatullah wabarakaatuh, terimakasih atas perhatian anda, keturunan Hasan dan Husein hingga kini masih ada, sebagian kecil para pembenci keluarga Ahlulbait menafikan dzurriyah Rasul saw, sebagaimana juga kelompok lain menafikan ke absahan sahabat Rasul radhiyallahu' anhum, yg berjumlah 60 (enam puluh) ribu orang, maka golongan sesat itu mengatakan bahwa seluruh sahabat itu sesat, terkecuali beberapa orang saja.

Sayidina Hasan tidak wafat di kejadian Karbala, beliau radhiyallahu 'anhu wafat di
racun sebelum kejadian Karbala, beliau meninggalkan keturunan 11 orang putra dan 6 orang putri, dan kemudian keturunan adalah dari putra beliau Hasan Mutsanna dan Zeid Radhiyallahu' anhuma. Sayyidina Husein wafat di Karbala, beliau mempunyai enam orang anak lelaki dan 3 wanita, Ali Akbar, Ali Awsat, Ali Ashghar, Abdullah, Muhammad, Jakfar, Zainab, Sakinah dan Fathimah.

putera Hasan keseluruhannya wafat terkecuali Al Al Awsat yg dikenal dengan Nama Ali Zainal 'Abidin, mempunyai putra bernama Muhammad Albaaqir, yang mempunyai Putra bernama Jakfar Asshaadiq. yang menjadi Guru dari Imam Hanafi, yang kemudian Imam Hanafi ini bermuridkan Imam Maliki, lalu Imam Maliki bermuridkan Imam Syafi'i dan Imam Syafi'i bermuridkan Imam Ahmad bin Hanbal. ringkasnya seluruh Ulama Ahlussunnah waljama'ah mengakui keabsahan keturunan Rasul saw dari Ali Zainal Abidin putra Husein.

Sayyidina Ali Zainal Abidin ini dilahirkan hari Khamis, 5 Sya'ban tahun 38 Hijriyah, masiih dimasa hidup kakeknya yairtu Ali bin Abi Thalib KW, dan diriwayatkan oleh Abu Hamzah Alyamaniy bahwa ia mengamalkan Ibadah 1000 raka'at tahajjud setiap malammnya, demikian pula Imam Ghazali yg banyak mengaguminya, salah satu riwayat yg dikatakan oleh Imam Thawus rahimahullah : "Ketika aku memasuki Hijr Isma'il ditengah malam yg gelap, ternyata Ali Zainal Abidin Putra Husein sedang sujud.. alangkah lama sujudnya, lalu kepalanya terangkat dan kedua tangannya terangkat bermunajat dg suara lirih : "HambaMu dihadapan Pintu Mu, Si Miskin ini dihadapan Pintu Mu, si fagir ini dihadapan Pintu Mu...."

Beliau wafat pada tahun 93 Hijriyah, dan ada pendapat mengatakan tahun 94 Hijriyajh, dimakamkan di Kuburan Baqi' (Madinah Almnawarah), dipusara yang sama dg pamannya yaitu Hasan bin Ali kw beliau (Ali Zainal Abidin rahimahullah) meninggalkan 15 orang anak, dan yang sulung adalah Muhammad Albaqir. (rujuk Kitab Al Ghurar, oleh Imam Al Muhaddits Muhammad bin Ali Alkhird, yg wafat tahun 960 Hijriyah). Kitab ini merupakan salah satu kitab Induk yg menjelaskan silsilah keturunan Rasul saw. Maaf saya meringkaskan jawaban ini seringkas mungkin untuk menyingkat waktu sehubungan masih banyak pertanyaan lain yg harus saya jawab wallahu a'lam terimakasih atas pertanyaan anda.

www.majelisrasulullah.org

Followers