Jangan Tinggal Daku

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Diriwayatkan hadith daripada Syadad bin Ausin (r.a) berkata hadith ini daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Orang yang pandai (atau bijak) itu adalah barangsiapa mengira-ngira pada dirinya (yakni, menghisab dunianya sebelum matinya) dan beramal dengan apa-apa sesudah matinya (yakni, menyiapkan sebanyak mungkin bekalan untuk akhiratnya), dan (orang) yang lemah adalah orang yang mengikuti dirinya (yakni, menghisab kesedapan dunianya), hawa nafsunya dan berangan-angan dia atas Allah (a.w) (yakni, tetap inginkan kerahmatan Allah (a.w) untuk mendapat syurga).’ Berkata at-Termidzi bahawa hadith ini hadith hasan (baik).


InsyaAllah lusa kertas akhir untuk semester ini. Terima kasih, dan semogaberjaya juga kepada yang sudi bagi dan minta monte-basi. :P. Dan hari ni juga, teman sebilik pun dah dalam perjalanan ke Kota Tinggi. Doakan semoga dalam pemeliharaan Allah.

Sunyi pula bila rumet dah balik. Teringat pula masa mula-mula pulang ke kampus, terngiang-ngiang suara bonda di telinga. Dua bulan cuti memang bersama mak. Ke mana saja. Bila balik, memang terasa, sunyi sikit. Payah nak biasakan suasana dan keadaan kampus walaupun dah naik tahun akhir. Rumet pula pulang lewat untuk selesaikan hal-hal berkaitan. Sebulan lebih tanpa rumet, seorangan di bilik satu katil double deck. Terbiasalah diri tinggal seorang di bilik dua katil.

Sampai masanya, teman sebilik pun mendaftar. Mula rasa agak rimas, sebab sebelum ni sendiri.Lama-lama sesuaikan diri barulah boleh terima kehadiran si-rumet :P .

Petang tadi rumet dah pulang ke kediaman beralamat i/c beliau di Kota Tinggi. Belum sempat kaki beliau melangkah keluar dah terasa lain. Suntilah rasa bilik ni. Takdelah teman nak berbual bila boring study dan sebagainya. Mungkin sebulan cuti tak lama, tapi nak sesuaikan keadaan memang agak payah.

Terfikir hari pertama nyawa dicabut. Ketika tu tiada apa daya dah. Semua ahli keluarga, kawan-kawan yang biasa dibuat teman berbual, rakan-rakan seusaha, makcik-makcik kafe yang masak sedap, semuanya tak dapat mendengar kata-kata orang yang nyawanya dicabut.

Malam pertama di tempat tidur underground tanpa lampu dan kipas, dengan selimut putih yang kotor dengan bau tanah, semuanya bukan benda yang biasa. Aku terfikir bagaimana nak biasakan diri dengan keadaan tu.

Mungkin hari ni Allah kurniakan taufiq untuk amalan tertentu, semoga dengan amalan-amalan yang baik diterima Allah, jadi teman di alam yang baru, suasana yang baru. Dengan beberapa -janji-janji Allah, semoga dia kekalkan dan bantu untuk tetapkan jiwa selama hidup ni untuk beramal buat persediaan sebelum mati...

p/s: doakan saya exam final paper rabu ni...

Cinta Tuhan.

Padang bola USM Kubang Kerian. Bola, ragbi, kriket, semua bantai main kat sini. Saiz 4 padang bola sepak. :P

Tengahari yang damai. Terasa tenang melihat padang yang sergam hijaunya. Teringat Adam, hadith-hadith Nabi saw yang berulang kali menyebut warna itu. Angin setia menyinggah pipi. Hari ini awan menyepi diri, entah ke mana. Matahari tersenyum riang, bermain-main di lapang dunia bersama sang angin. Pohon-pohon melenggang mengikut rentak tari sang angin. Ahhhhh, indah sungguh suasana petang.

Kedamaian zikir sang angin, buat Adam disapa kantuk. Masih ada kerja yang belum di-submit, dikekang matanya dengan daya yang masih ada. “InsyaAllah boleh siap ni”, semangat buat diri. Bagi Adam, kata-kata baik diucapkan di lidah, buat mengental azam. Tahun akhir di universiti bukan suatu perkara main-main. Adam harus tegas dengan diri, dipukul jiwanya dengan motivasi-motivasi agar jiwa tegar melalui dugaan-dugaan merintang.

Yusri masih seperti itu, tersenyum melihat handphone. Kadang-kadang nota di sisinya dibaca dengan suara kuat, teknik belajar katanya. Ya memang hasilnya cukup baik. Yusri kekal di carta teratas saban peperiksaan. Lihat lagak Yusri yang selalu bertuah, Adam teringat Yusri KRU. Heh, lalu tersenyum sendirian.

“Lama Zainab tak online, Adam?”, Yusri bersuara. Adam dan Yusri bukan orang lain lagi, mereka cukup rapat dan kadang-kadang ada rahsia yang mereka kongsi bersama. Susah senang, si Adam lah tempat Yusri meminta bantuan. Bila payah, Yusri lah tempat Adam mengadu.

“Heh, mana kau tahu?”, Adam jawab, nada segan menjawab.

“ Hah, aku tahulah. Berapa lama kau kenal aku Yop? Baru semalam?,hehe. Sabar-sabar. Perempuan memang macam tu”, Yusri menyambung, seakan mengerti situasi Adam dan Zainab.

“ Takdelah.. Okay je, musim exam”,Balas Adam.

Bukan semua rahsia Adam dikongsi dengan Yusri, terutama hal Zainab. Cuma untung Yusri cukup ambil berat hal Adam. Kenal sangat apa-apa yang berlaku dengan rakan sebiliknya itu. Adam kekal di depan laptop, sambil mengedit-edit lembaran kerja tugasan yang perlu di-print dan di-submit ketika hari itu juga, sempat juga Adam buka Google Chrome lalu matanya tajam melihat senarai online di sisi kanan Facebook. Yahoo Mesenger jadi rujukan kedua, kalau-kalau Zainab sedang online. Adam mendengus, melepaskan sisa-sisa karbon dioksida dari ruang peparu, yang tadinya seakan tersumbat mencari jalan bebas. Jantung Adam mendegup perlahan, meraikan datangnya eritrosit berisi oksigen buat bekalan sel-sel di tubuh.

“Hahahahaha, lawak la kau Adam!”, sindir Yusri.


Tempat rehat tepi padang, best angin sepoi-sepoi pantai timur!

Lalu Adam membuka Word 2010, ditaipnya beberapa bait sajak buat pereda hati bujang yang kian bingung mencari jalan tenang.

Hujung sana,

Aku lihat burung-burung berterbang, berkawan.

Riang amat, biar wajah tak menguntum senyum,

Tapi sang burung menyanyi cukup riang.

Teringat aku firman tuhan,sabdaan Nabi junjungan,

~Langit yang tujuh dan Bumi serta sekalian makhluk yanga da padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan dengan memujiNya.akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar , lagi Maha Pengampun. Al-Israa[44]~

Sedang aku masih leka dengan cinta manusia,

Ah,bila pula aku menyentuh tasbih,mengucap kata zikir?

Biar aku begini, kekal Dia membekaliku rezki dari arah yang aku sendiri kagum takjub,

Berehatlah wahai puteri ayahanda,

Carilah cinta tuhan sebaiknya,

Dan itu layak buatku, juga buatmu.

Tuhan merindukan kita.

Pelukan tuhan buat yang berlari kepadanya,

Dia mencintai kita, lebih dari cinta kita.

Dia menyayangi kita, dan selalu cemburu melihat kita melalaikannya.

Wahai tuhan, terimalah kami, dan kekallah kami dalam lindunganMu,

Terimalah cinta kami Ya Rabbi,

....................................................................................

Lalu, jari Adam kaku.

Padang hijau ditenung sepuasnya. Dadanya sebak.

p/s: tiada istilah cinta Islamik!

p/s: Adam tiada kaitan dengan Ustaz Adam,:P

p/s: Doakan saya, exam finale.

p/s: Syoknya Nikah Gantung!,hehe

Nikahun Mubarakun



Angin sepoi-sepoi bahasa menyentuh pipi.
Masa tu tingkap bilik dibuka seluas mungkin, guna memberi laluan angin yang bertiup masuk ke ruang bilik yang agak sederhana.
Lagu- lagu omputih berdendang di speaker kecil dekat laptop. Tiba handfon berbunti tanda panggilan masuk.

“helo, assalamualaikum. Emmm, buat apa? Ooooo, . makan dah. Nasi lemak, lauk ayam. Ha? Mahalnya, sini murah je. Makan dengan siapa? Siapa lagi, hehe. Sekarang lepas makan dah mengantuk. Emmm,makan nasi lemak... haaa, ok2.. Assalamualaikum” .


Handfon ditinggal di sisi laptop.

Tak dan 3 minit 13 saat, bunyi lain pula meningkah tenang sepoi angin petang. Tet, tet tet tet. Tet tet tet tet (bunyi membaca dan membalas mesej).

“haih, tak dan 5 minit dah mesej? “, Adam mula bersuara tanda rimas.
“hehe, entah”, jawab Yusri.



******TAMAT******


Mungkin situasi ini biasa berlaku, terutama di zaman pengajian. Suasana couple bukan suatu yang asing. Alangkan tidak, peluang ada di mana-mana. Lelaki sukakan perempuan danbegitu juga sebaliknya. Muda-mudi difahamkan dengan cinta bersama takrif bahagia, indah dan tenang. Dan ya, mereka merasakannya. Cinta dengan teruna asing dan dara ajnabi juga jadi asbab kebahagiaan buat setiap manusia di zaman remaja. Cuma bezanya, belum bernikah. Kadang-kadang bukan senang mengikut jalan remaja, dengan begitu mudah. Ada yang mudah mungkin, ada yang “berjaya” berjalan di petak-petak umur remaja, tanpa ujian sebegini. Dan ya, ia cuma segelintir, ghariibun.

Entah susah nak dinafikan. Aku juga seperti mereka. Kadang-kadang aku rasa serba salah, atau rasa sinonimnya kasihan dengan mereka. Cukup payah , terutama bila tiada usaha agama. Tiada usaha mendekatkan dri dengan tuhan. Kian lalai, kian jauh. Layar bahagia cukup indah buat insan-insan ini. Bila dah sampai tahap ni, memang payah nak ditanggal. Aku cukup ingat nasihat kakak masa awal menengah atas,(errr,nasihat yang agak kasar, biasalah adik-beradik takde manja-manja) untuk jaga diri dan jangan berkapel. Aku cukup hormat dengan abang-kakak, jadi setiap kata-kata mereka macam kata-kata mak juga. Seingat aku, masa di sekolah menengah dulu, ada seorang gadis sebaya yang cukup kerap berhubung denganku. Hubungan kami stop bila aku tak layan. Juga seorang gadis yang cukup baik dan manis, solehah, pakej lengkap, cukup kerap berhubung, entah apa kualiti pada sisi aku buat ia tertarik. Akhirnya biala ku gagal menghubungi ayahnya lebih awal, dia kini sudah dipinang orang. Juga masa aku freshy, seorang rakan sekelas, argh.. dan ya, itu yang terakhir.

Kini aku sedikit “besar”, hehe. Tapi seingat aku kata guru maths SPM, (badan sedap), once you’re graduate, banyak la orang offer. Sekarang takyahla nak gatal-gatal lagi”... Aku nak tunggu graduation,heh.

Ya, akhirnya couple bukanlah pilihan aku. Buktinya aku berusaha melindungi diri dengan songkok semasa di matrik dan kopiah di USM. Mungkin bunyinya pelik, apa kaitan penutup kepala (songkok/kopiah) dengan perempuan. Entah aku pun tak tahu. Tapi setakat ni, perempuan kelas saja yang menegur, selain dari tu, bila lalu atau berselisih,mereka akan tunduk malu, especially si tudung-tudung labuh, sweetnya,heh.

Apapun, ia bukanlah faktor utama seorang manusia selamat. Asalnya sebenarnya hati. Dan usaha ke atas hati adalah paling penting. Cinta itu datang dari hati, suka dan sayang juga begitu, dan niat-niat buruk juga. Semua asalnya dari hati. Jika hati kuat, apa-apa ujian pasti mudah, walaupun hakikatnya ia sukar. Dan usaha agama banyak membantu. Aku cukup rapat dengan senior-senior karkun, mereka motivated, dan cukup motivating. Mereka banyak membantu dan beri nasihat (but after all, mereka ni habis IPB terus dapat jodoh, bila cari?hehe)

Doaku buat sahabat-sahabat yang diuji, semoga mereka cepat-cepat disatukan dengan nama nikah dengan redha Allah dan keluarga. Atau mereka diberi kekuatan untuk meninggalkan masalah ni. Dosa atau tidak ia masalah fiqh, sila rujuk orang alim.

p/s: Nikahun Mubarakun ~ Zain Bikha
p/ss: segan bila ditenung tajam 3 gadis bertudung lutut (tudung sampai lutut)~perasan....

Followers