PUTIH

Apa ada pada putih,

apa ada pada putih,
bersih,aman,bayi,suci,lembut,tenang,surrender,sufi,terang,lapang,comel,wali,baru,

banyak betul perkataan yang bawa maksud putih,..

pernah dengar hadith:

Dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Kenakanlah yang berwarna putih dari pakaian-pakaianmu itu kerana sesungguhnya yang putih itu adalah yang terbaik di antara pakaian-pakaianmu, juga berikanlah kafan orang-orang yang mati dari engkau semua dengan kain yang berwarna putih."

Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

(sumber,riyadhus solehin,776)

special tak dgn putih...

baju putih.....
selendang putih.....
boleh dibawa....
pergi solat....

hmmm,apa2 pun,pakaian putih tu sunnah nabi dan sahabat.
walaupun nabi pakai apa sahaja pakaian zamannya,tapi yang special adalah putih,..

pakailah warna putih...

salahkah ke aku?? muhasabah untuk baiki diri

Letih rasanya hari ini. Dari selesaikan masalah pendaftaran,sampailah nak masuk kelas. Finally pulanglah aku menuju ke rumah sewa, dalam 500m camtu.

Nak melayan penat,tidur surau la jawabnya.kupaksa juga kaki mengayuh basikal favourite aku.tinggal tak sampai 100m dari rumah,ternampaklah aku seekor anak kucing yang terbaring ke sisi mati dek dilanggar kenderaan. Bisik hati,entah sapalah yang langgar.yang kucing ni pun satu,dah tau jalan sibuk nak seberang jugak.

Macam nak tarik bangkai tu ke tepi,yelah kot dilanggar tayar motor tak ke pecah tengkoraknya. Alamak,telajak pulak,lagipun jalan sibuk. Hmmmm, takpelah,nanti adalah orang buatkan. Sedangkan taklah jauh sangat,biasalah manusia ada sifat semula jadi, (defensive: suka rasa diri baik walaupun buat salah)

Hmmmm, inilah manusia zaman sekarang(terutama diri yang menaip ni). Bila tang nak buat baik,segera rasa akan ada orang yang akan buat. Tapi bila kita perlukan pertolongan orang,punyalah mengharap…
Manusia2…..
Dalam Al-quran, Allah telah ceritakan kehebatan Nya yang pelik2,tapi last sekali Allah firman yang lebih pelik bila manusia tak percaya yang dia akan dibangkitkan semula(khalqun jadiid). Manusia dengan sifat ego dia,suka sangat rasa diri bagus dan betul. Bila tak buat sesuatu,mula defend diri sendiri, yang pilihan dia untuk tak buat adalah yang terbaik.. wallahu a’lam.

Bak kata pengarah convex ’40,baiki diri sebelum baiki orang,terasa juga kt diri sendiri..

Buat muhasabah………


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Belajarlah cara bersyukur

belajar cara bersyukur dengan nikmat yang ada pada kita.......

Assalamualaikum..
Rasanya dah lama tak update blog ni,demi untuk mengekalkan status sbg sebuah blog yang aktif,terasa nak menaip pula..

Alhamdulilah,kadang-kadang kita rasa sesuatu sebagai masalah,tapi pernah tak kita ingat berapa banyak nikmat yang telah Allah beri pada kita.jika kita cuba hitung segala nikmat yang Allah beri pada kita takkan terhitung,apatah lagi untuk membalasnya. Itulah rabbul izzati,dan tiada sesuatu zat pun yang menguasaiNya ,yang dia itu menguasai segala zat.

Kadang-kadang bila kita tengok sesuatu nikmat yang ada pada orang lain,kita pun nak juga, tapi bila ia dah ada pada kita ada tak kita gunakan ia pada jalan yang baik dan jalan taqwa??


Fikirkan2kan,renung2kan



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Followers