Syeikh Nuruddin Banjari, Jazakallahukhair..

Assalamualaikum.

Rasulullah Shallallahu’alaihi wa sallam Bersabda :

و ا نّ ا العلما ء و رثة الأ نبيا ءلم يورثوا دينا را ولا د ر هما وانما و ر ثوا العلم فمن أخذه أخذ بخظ وا فر

Artinya : Dan Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi . Dan Sesungguhnya para nabi tidaklah mewariskan dinar maupun dirham , hanya saja mereka mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil ilmu tersebut berarti dia telah mengambil bagian ilmu yang banyak .

Alhamdulillah.Jarang sangat menulis di CC. Di kampus internetnya free,balik kampung agak payah.Siapa nak datang ke kampung saya silalah,agaknya dalam 15 tahun lepas pernah dapat anugerah kampung tercantik. Istimewa kampung saya ada sungai air payau yang banyak lubuk ikan dan hutan bakau yang banyak udang dan ketam. Masa kecik2 dulu biasa study dan siapkan homework tepi sungai(kami bahasakan laut)sambil hirup udara angin Sungai Dinding payau. Sekarang dari jauh boleh nampak Jambatan Raja Permaisuri Bainun,Lumut membelah sungai. Cantik betul! Nak datang kontek lah, ada chalet tepi sungai.(eh promote sikit)

Terasa bayu keberkahan dan rahmah Ramadhan, sambil di sudut hati berharap diserta dalam maghfirah bagi 10 yang kedua nih!

Hadith di atas;. Di Kuching lepas, Alhamdulillah salah satu route kami, Surau Mahmudi, KM4 Jalan Matang, tak silap dekat Kampung Gitak. Salah satu malam kami diisi dengan ceramah dari seorang bekas mufti.Teringat kembali, aku bertanya diri,jauh mana aku menghormati ustaz2. Malam tadi ustaz Majlis Agama Islam yang tanggungjawab mengajar di kampung, melawat kami di masjid. Semoga Allah memberiku taufiq menghormati dan bershuhbah dengan mereka.

Terima akhi Saiful Anuar kongsikan link video.





Ni Syeikh Maulana Asri
Biar mereka tak sependapat dalam fiqh dan ulum hadith, tapi keduanya sependapat tentang tabligh dan usaha atas iman. Apapun, pandangan kedua Ulama ni, bukan gambar sebenar Tablgih atau dibahasakan usaha atas iman. hanya yang pernah rasa akan tahu apa rasanya. Buat yang baru2 nak kenal, duduk2lah di majlis2 bayan dengan tawajuh, keluar 3h dengan mengikut segala adab2 khuruj. InsyaAllah hanya Allah yang punya faham dan hanya Dia berhak mengurnia faham.Jom 3 hari!



Tasbih kaffarah.Wassalam

12 comments:

Unknown said...

ulama pewaris nabi...memang tidak dapat di nafiakn lagi,mereka lah yg berhak memahami Islam

FakirFikir said...

Nanti, ada masa lapang saya singgah. Kampung orang rumah saya arah ke sana juga.

fiqkofallah said...

hadrat sheikh nuruddin..mashaallah.

beliau ada maahad di bogor.maahad zein al makki.setiap bulan,beliau mewajibkan santri2 beliau keluar 3 hari.

Marina Ali said...

salam dek,ade keluar kat kuching ke? Getak tu tempat akak selalu beli ayam,ade ke markaz kuching
?,dekat je dengan rumah akak 10 minit,sebelah markaz tu taman lavender...akak taman petronesa depan sikit dari simpang masuk ke markaz :)

Abu Zarim Mohamad said...

owh,,,kuar sarawak ek hari tu,,,alhadmulillah,,,

moga Allah pilih seluruh manusia utk bt usaha murni ni,xkira ape peringkat pon,,,,student2,org awam,ulama,golonga khawaj dan semua,,,,insyaAllah,,

Ismi Ijmi said...

Assalamualaikum;

APS: benar syeikh.dengarnya,sampai satu masa,orang tahap saya hanya layak khidmat sahaja.

Fakirfikir: roger2

Fiq: MasyaAllah.tak silap saudara2nya antara karkun aktif

kak Marina: saya cuba tnya karkun tempatan nama suami akak, mungkin mereka tak kenal.kami tiba di kuching, Ustaz Julaihi dan beberapa kereta lain bawa ke markas.sehari di sana. kemudian ke Matang Jaya,sebelum ke Surau Mahmudi.Petronesa tu mcm ada dgr.

Abu Zarim: Semua pilihan Allah. Azam nak mati di jalan Allah, jauh2. Sarawak mungkin sbg permulaan. Setiap hari kena doa.

fiqkofallah said...

adik dia sheikh sufyan antara syura di indonesia

Ibnu Abas said...

Salam Izmer

Sesibuk2 aku pun aku masih meluangkan masa utk baca blog ko ni tau..

Doakan untuk saya dan seluruh ummat...

Bijen M. said...

Jom ke masjid.
Ada harta pusaka Nabi untuk diagih-agihkan.
(Ayat tasykil taklimi ghast dekat Bangla)

Sufi said...

Assalamualaikum wbt. Semoga Allah bg taufik pd sy, akhi mawardi, akhi ijmi n seluruh umat untuk meluangkan masa sambut takaza agama pula selepas ini..

Ismi Ijmi said...

fiq:
masyaAllah,terima kasih atas info.

Dr Ibnu Abbas:
doctor-to-be (kt blogger profile) tu kene edit jd "Doctor" je kot.syor saja. thnx for the visit ye!

Bijen:
InsyaAllah ada rezki pas raya nak jalan2 belah utara. rumah terbuka ke kenduri?

Sufi:
Amiiin..hehe. abg pyan adah ada blog no!

Menusuk Hati said...

dtg srwk tak roger pun.hehe..selamat bertemu malam qodar

Followers