ustaz azhar idrus - hukum gantung gambar di dlm rumah

Tidur Selepas Subuh

Fuqaha’ memandang makruh tidur selepas dari solat subuh.

Dalil-dalil mereka adalah seperti berikut;

Pertama;

Anak kesayangan nabi SAW, Fatimah bercerita bahawa satu hari Rasulullah SAW lalu di rumahnya dalam waktu subuh, dan didapati bahawa Fatimah sedang berbaring. Lalu Rasulullah SAW menggerakkan Fatimah dengan kakinya sambil berkata;

يا بنية قومي اشهدي رزق ربك ، ولا تكوني من الغافلين ، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس

Maksudnya;
“Wahai anak perempuanku, carilah rezeki tuhanmu, dan jangan kamu jadi dari kalangan orang yang lalai. Kerana sesungguhnya Allah SWT membahagikan rezeki-rezeki manusia itu, diantara terbit fajar hingga terbit matahari” [Sya’b Al-Iman : 4550 : sanad hadis ini lemah]

Kedua:

Daripada Aisyah, bahawa Rasulullah SAW bersabda;

باكروا طلب الرزق والحوائج ، فإن الغدو بركة ونجاح

Maksudnya;
“berpagi-pagilah kamu dalam mencari rezeki, kerana bekerja pada awal siang itu terdapat keberkatan dan kejayaan” [Al-Mu’jam Al-Awsat : 7458]

Ketiga;

Daripada Sokhr Al-Ghamidzi bahawa Rasulullah SAW ada berdoa;

اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا

Maksudnya;
“Ya Allah, berilah keberkatan kepada umatku pada waktu paginya” [Abu daud : 2239]

Keempat:

Kebiasaan Nabi SAW, apabila berlaku peperangan, nabi SAW akan menghantar tentera dalam peperangan, atau ekspedisi pada awal pagi. [Abu Daud : 2239]

Kelima:

Saidina Ali berkata;

مِنْ الْجَهْلِ النَّوْمُ فِي أَوَّلِ النَّهَارِ

Maksudnya;
“sebahagian dari kejahilan, tidur pada awal siang”

AL-Bakistani

Antara Kita dan Mereka ~ Puitis Mode


Antara kita dan mereka,
Jauh ketinggalan dalam amalan,
Teramat kerdil nak berbanding iman,

Antara kita dan mereka,
Sangat berbeza arah tujuan,
Berlainan maksud dalam pengorbanan.

Antara kita dan mereka,
Tidak sama pada penampilan,
Apatah lagi akhlak dan perwatakan.

Kita,
Sering berbangga dengan amalan,
Langsung tak risau perihal iman,
Kemewahan dunia jadi impian,
Berkorban tenaga demi sedikit habuan.

Mereka,
Merasa amalan tidak bercukupan,
Sering menangis mengenangkan kekurangan,
Untuk di bawa bertemu Tuhan,

Mereka,
Fikir risau tentang iman,
Bagaimana manusia dapat diselamatkan,
Dari kepedihan azab jahannam.

Mereka,
Jannatul Firdaus jadi idaman,
Bahagia abadi bersama junjungan,
Sehingga dunia sanggup dikorbankan.


Mereka,
Seluruh jiwa raga dikorbankan,
Hingga nyawa sanggup dipertaruhkan,
Asalkan agama dapat ditegakkan,
Demi mendapat redha Tuhan,

Antara kita dan mereka,
Tidak dapat disamakan,
Melainkan kita melaksanakan,
Apa yang telah mereka lakukan...

source;
http://bicarajariku.blogspot.com/

Perempuan dan Baju Labuh


Alhamdulillah,

Diizinkan Allah untuk menulis lagi, moga2 ada manfaat di sisi umat.

Alhamdulillah selesai satu program di kampus. Walaupun ada salah-silap di sana sini, harapnya dapatlah dimaafkan antara satu sama lain. Banyak perkara yang berlaku, suka duka, bertengkar sedikit2 perkara biasa. Cuma sebagai lelaki di sebuah IPT memang payah untuk menjaga mata dari melihat ke perkara2 yang tidak sepatutnya. Istighfar... Jadi para guru dan masyarakat jangan kecil hati jika tidak ramai lelaki di kampus2 pengajian. Bukan semua lalki yang Allah pilih untuk jalani ujian sebegini. Yag berada di Pusat Serenti mungkin patut meliha nilai positif, sangat jarang melihat kelibat perempuan,.. (gurau saja).

Ada yang agak melucukan untuk kali ini, sama ada sengaja atau tidak ia mungkin ada kebaikannya. Terkejut saya sebagai salah seorang EXCO untuk program tersebut, ketika membahagi2kan baju kepada semua AJK. Rupa2nya semua baju perempuan di-set-kan kepada baju lengan panjang labuh, manakala baju lelaki semuanya baju lengan pendek berkolar. bagi saya ia agak melucukan kerana memang pun style baju labuh(T-shirt) adalah masih baru di Malaysia khususnya. Kebetulan salah seorang AJK saya tidak bertudung, payah juga nak membelitkan ayat supaya dia dapat pakai baju tersebut semalam.

"Baju ni labuh, saya tempah baju singkat" ,kata beliau dalam message
"takpe kot.. pakai untuk esok saja, bolehkan?" jawab saya dalam message balasan

Nasib baiklah dia bersetuju,mungkin ini aktiviti pertamanya di USMKK, pelajar freshy. Fuhh,alhamdulillah.

Tentang baju labuh, apa masalahnya? Kecoh di FB tentang isu baju2 tersebut, sehingga ada antara mereka yang lansung tidak mahu memakainya atas alasan nampak baik, tak kena fesyen tudung, panas, dan sebagainya. Realitinya fesyen baju labuh dianggap seperti hanya sesuai untuk golongan usrah sahaja (kerana hardcore tabligh pakai baju labuh+purdah,heh). Bagi saya jika mereka berfikir sedikit, ia sama saja seperti baju kurung yang memang sudah jadi kebiasaan setiap perempuan Melayu.

Apa2pun ketidakseronokan atau musibah yang kita dapat sepatutnya perlu dilihat dari sudut yang positif, sebab kadang2 perkara tersebut sebenarnya tidak menjadi masalah buat kita khususnya. Wallahua'lam.

p/s; perempuan tidak bertudung tu pakai tudung semalam
pp/s; kaka saya jual baju muslimah
ppp/s; nak buat tempahan baju/t-shirt untuk persatuan/kelab, sila rujuk saya.



Innalillah ~ Takziah Buat Beliau & Keluarga

ALhamdulillah ~

Pagi ni sempat lagi menaip,lepas menunggu beberapa lama untuk kereta datang minta dicuci. Buat yang berada di USMKK (pelajar-staff) boleh la singgah ke parking depan BHEPP (generally known as HEP) untuk car wash. Seronok juga, walaupun rasanya tak pernah mencuci kereta, atau mungkin lama sangat. Beberapa hari ni agak leka membaca blog, sejak akaun-akaun FB di-deactivate (sebelum ni ada 2 akaun,heh). Antaranya blog zackzukhairi dengan kartun2 comel beliau.

TAKZIAH buat sahabat, Saiful Adli yang baru saja kehilangan ayahnya setelah berhari2 terlantar di Hospital Kota Bharu. Maklumat diperolehi daripada Syahmi tapi kami tak dapat hadhir majlis pengkebumian memandang cuaca mendung berarak dan aktiviti cuci kereta yang tak dapat nak ditinggalkan. Apa2pun InsyaAllah moga2 roh bahagia dan sejahtera. Malam tadi adalah malam Jumaat. Semuanya adalah pilihan Allah; samalah kita berdoa semoga Allah masukkan kita dalam golongan manusia yang memperolehi Husnul Khotimah.


Mungkin ucapan takziah sekadar "menyemak" kotak message di telefon bimbit atau menambah duka dan lara di hati yang merasainya, tapi bagi saya ia agak penting menandakan kita "cakna" dengan sahabat2 terdekat. Maaf buat Saiful kerana tak dapat hadir solat jenazah, InsyaAllah buat solat ghaib di sini.

Buat yang tercari-cari perkara mengenai jenazah baru, saya sambungkan di sini tulisan dari SalafiDB untuk mana2 yang jarang membelek perisian tersebut ~ heh. Moga bermanfaat.

Tulisan ini hanya ringkasan dan tidak memuat dalil-dalil semua permasalahan secara terperinci. Maka barangsiapa di antara pembaca yang ingin mengetahui dalil-dalil setiap pembahasan dipersilahkan membaca kitab aslinya "Ahkaamul Janaaiz wa Bid'ihaa" karya Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah ~

VII Tanda2 Husnul Khotimah

Telah sah penjelasan dari Nabi صلی الله عليه وسلم baginda menyebutkan beberapa tanda Husnul Khatimah (Pengakhiran Yang Baik). Jika seseorang meninggal dunia dengan mengalami salah satu di antara tanda2 itu makaitu merupakan khabar gembira.

  1. Mengucapkan syahadat di saat meninggal dunia
  2. Mati dengan berkeringat di dahi
  3. Mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat
  4. Mati syahid di medan Jihad
  5. Mati terkena penyakit Thauun
  6. Mati terkena penyakit perut
  7. Mati tenggelam (lemas)
  8. Mati terkena reruntuhan
  9. Matinya seorang wanita hamil kerana janinnya
  10. Mati kerana sakit paru-paru
  11. Mati membela agama atau diri
  12. Mati ketika membela harta yang dirompak
  13. Mati ketika di Jalan Allah
  14. Mati dalam suatu amalan Soleh
  15. Mati terbakar


Wallahualam.







Taba?ruk Lin Nabiy SAW ~ Bagaimana Sahabat Buat

TABARRUK PARA SAHABAT DENGAN RAMBUT DAN KUKU NABI

Para sahabat biasa berebut rambut Nabi sall-Allahu álayhi wasallam. Tidak hanya itu, bahkan mereka memakainya sebagai sarana penyembuhan. Bila ada orang yang sakit, mereka meminumkan air yang sebelumnya telah dialirkan ke bejana yang berisi beberapa helai rambut Nabi sallAllahu ‘alayhi wasallam. Di antara sahabat bahkan ada yang menginginkan rambut Nabi ditaruh bersama jenazah mereka saat mereka dikubur, serta ada pula yang menaruh rambut Nabi sallAllahu ‘alayhi wasallam di turban mereka, yang dengan barakah rambut ini, dengan izin Allah, mereka selalu memperoleh kemenangan di medan perang.
Semua ini tidaklah mengurangi keyakinan mereka bahwa sumber utama kesembuhan ataupun kemenangan tentulah adalah Allah Ta’ala. Siapakah yang berani mengklaim memiliki iman yang lebih murni daripada para sahabat Nabi sallAllahu álayhi wasallam, sepeninggal Nabi? Tabarruk mereka didasari keimanan dan kecintaan mereka pada beliau sallAllahu ‘alayhi wasallam, yang mereka yakini sebagai sebaik-baik ciptaan, serta kekasih Allah Ta’la (habiibullah). Dan sebagian adalah seperti keseluruhannya. Bagi mereka melihat atau menyentuh anggota tubuh Nabi, adalah bagaikan melihat dan menyentuh Nabi sallAllahu ‘alayhi wasallam secara langsung.
Maka, adakah Allah Ta’ala akan menolak doa dan hajat mereka yang mencintai Kekasih-Nya dengan menghormati dan mencintai bahkan anggota tubuh Kekasih-Nya yang telah wafat? Dengan keyakinan inilah, para sahabat bertabarruk dengan apa-apa yang terhubungkan kepada Nabi sall-Allahu álayhi wasallam sebagai wasilah doa mereka pada Allah Ta’ala. Mereka menggunakan apa pun yang mereka lihat terhubungkan dengan Nabi sallAllahu ‘alayhi wasallam, apatah itu anggota tubuhnya, apatah itu, keluarganya, ataupun tempat-tempat maupun benda yang pernah beliau sentuh, seperti akan kita lihat pada bagian-bagian berikutnya. Insya Allah.

1. Bukhari meriwayatkan dalam Shahihnya pada Kitab l-libas (bab pakaian) dalam pasal berjudul “Tentang rambut abu-abu”, bahwasanya ‘Usman ibn Abd Allah ibn Mawhab mengatakan: “Keluargaku mengirim diriku pergi ke Ummu Salama dengan secangkir air. Ummu Salama membawa keluar suatu botol perak yang berisi sehelai rambut Nabi SallAllahu ‘alayhi wasallam, dan biasanya jika seseorang memiliki penyakit mata atau kesehatannya terganggu, mereka mengirimkan secangkir air kepadanya (Ummu Salama) agar ia mengalirkan air itu lewat rambut tersebut (dan diminum). Kami biasa melihat ke botol perak itu dan berkata, ‘Aku melihat beberapa rambut kemerahan’”.

2. Anas berkata, “Ketika Rasulullah sallAllahu ‘alayhi wasallam mencukur kepalanya (setelah hajj), Abu Talha adalah orang pertama yang mengambil rambutnya” (Hadits Riwayat Bukhari).

3. Anas juga berkata: “Nabi sallAllahu ‘alayhi wasallam melempar batu di al-Jamra, kemudian ber-qurban, dan menyuruh seorang tukang cukur untuk mencukur rambut beliau di bagian kanan lebih dulu, lalu memberikan rambut tersebut pada orang-orang” (Hadits Riwayat Muslim).

Dia berkata: “Talha adalah orang yang membagi-bagikannya”. (Hadits Riwayat Muslim, Tirmidhi, dan Abu Dawud).

Dia juga berkata: “Ketika Rasulullah sallAllahu ‘alayhi wasallam mencukur rambut kepalanya di Mina, beliau sallAllahu ‘alayhi wasallam memberikan rambut beliau dari sisi kanan kepalanya, dan bersabda: Anas! Bawa ini ke Ummu Sulaym (ibunya). Ketika para shahabat radiyallahu ‘anhum ajma’in melihat apa yang Rasulullah sallAllahu ‘alayhi wasallam berikan pada kami, mereka berebut untuk mengambil rambut beliau sallAllahu ‘alayhi wasallam yang berasal dari sisi kiri kepala beliau sallAllahu ‘alayhi wasallam, dan setiap orang mendapat bagiannya masing-masing. (Hadits Riwayat Ahmad).

4. Ibn al-Sakan meriwayatkan lewat Safwan ibn Hubayra dari ayah Safwan: Tsabit al-Bunani berkata: Anas ibn Malik berkata kepadaku (di tempat tidurnya saat menjelang wafatnya): “Ini adalah sehelai rambut Rasulullah sallAllahu ‘alayhi wasallam. Aku ingin kau menempatkannya di bawah lidahku.” Thabit melanjutkan: Aku menaruhnya di bawah lidahnya, dan dia (Anas) dikubur dengan rambut itu berada di bawah lidahnya.”

5. Abu Bakr berkata: “Aku melihat Khalid ibn Walid meminta gombak (rambut bagian depan) Nabi sallAllahu ‘alayhi wasallam, dan dia menerimanya. Dia biasa menaruhnya di atas matanya, dan kemudian menciumnya.” Diketahui bahwa kemudian dia menaruhnya di qalansuwa (tutup kepala yang dikelilingi turban) miliknya, dan selalu memenangkan perang. (riwayat Al-Waqidi di Maghazi dan Ibn Hajar di Isaba).

Ibn Abi Zayd al-Qayrawani meriwayatkan bahwa Imam Malik berkata:
“Khalid ibn al-Walid memiliki sebuah qalansiyya yang berisi beberapa helai rambut Rasulullah sallAllahu ‘alayhi wasallam, dan itulah yang dipakainya pada perang Yarmuk.

6. Ibn Sirin (seorang tabi’in) berkata: “Sehelai rambut Nabi sallAllahu ‘alayhi wasallam yang kumiliki lebih berharga daripada perak dan emas dan apa pun yang ada di atas bumi maupun di dalam bumi.” (riwayat Bukhari, Bayhaqi dalam Sunan Kubra, dan Ahmad)

7. Dalam Shahih Bukhari, vol 7, kitab 72, no. 784, Utsman bin Abd-Allah ibn Mawhab berkata, “Orang-orangku mengirim semangkuk air ke Umm Salama.” Isra’il memberikan ukuran tiga jari yang menunjukkan kecilnya ukuran wadah yg berisi beberapa helai rambut Nabi sallAllahu ‘alayhi wasallam. Utsman menambahkan, “Jika seseorang sakit karena suatu penyakit mata atau penyakit lainnya, dia akan mengirimkan suatu wadah berisi air ke Umm Salama (dan dia akan mencelupkan rambut Nabi ke dalamnya dan air tersebut akan diminum). Aku melihat ke wadah (yang berisi rambut Nabi) dan melihat beberapa helai rambut kemerahan di dalamnya.”

Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari, Vol. 10, hlm, 353, mengatakan:
“Mereka biasa menyebut botol perak tempat menyimpan rambut Nabi itu sebagai jiljalan dan botol itu disimpan di rumah Umm Salama.”

Hafiz al-’Ayni berkata dalam ‘Umdat al-Qari, Vol. 18, hlm. 79:
“Umm Salama memiliki beberapa helai rambut Nabi dalam sebuah botol perak. Jika orang jatuh sakit, mereka akan pergi dan mendapat barokah lewat rambut-rambut itu dan mereka akan sembuh dengan sarana barokah itu. Jika seseorang terkena penyakit mata atau penyakit apa saja, dia akan mengirim istrinya ke Umm Salama dengan sebuah mikhdaba atau ember air, dan dia (Umm Salama) akan mencelupkan rambut itu ke dalam air, dan orang yang sakit itu meminum air tersebut dan dia akan sembuh, setelah itu mereka mengembalikan rambut tsb ke dalam jiljal.”

8. Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya (4:42) dari Abd Allah ibn Zayd ibn ‘Abd Rabbih dengan sanad yang shahih seperti yang dinyatakan oleh Haythami dlm Majma’ al-Zawaid, bahwa Nabi sallAllahu ‘alayhi wasallam memotong kukunya dan membagikannya ke orang-orang.

TABARRUK PARA SAHABAT DENGAN KERINGAT RASULULLAH SALLALLAHU ‘ALAYHI WASALLAM

1. Anas berkata: “Nabi sallAllahu ‘alayhi wasallam tinggal bersama kami, dan begitu beliau tidur, ibuku mulai mengumpulkan keringatnya dalam suatu bejana. Nabi sallAllahu ‘alayhi wasallam terbangun dan bertanya, “Wahai Umm Sulaym, apa yang kau lakukan?” Dia (Umm Sulaym) menjawab, “Ini adalah keringatmu yang akan kami campur dalam parfum kami dan itu adalah parfum terbaik.” (Hadits Riwayat Muslim, Ahmad).

Ketika Anas terbaring menjelang wafatnya dia menyuruh agar sebagian dari bejana itu digunakan saat upacara sebelum penguburannya, dan memang dipakai seperti yang ia suruh. (Hadits Riwayat Bukhari)

Ibn Sirin juga diberikan sebagian dari bejana milik Umm Sulaym.
(Hadits riwayat Ibn Sa’d)

TABARRUK PARA SAHABAT DENGAN SALIVA (AIR LUDAH) NABI DAN AIR WUDHU’ BELIAU

Hadits-hadits yang menjelaskan tentang ini amatlah banyak. Antara lain dapat dilihat di karya Syaikhul Muhadditsiin Imam Ibn Hajar al-Asqalany, Fath al-Bari 1989 ed. 10:255-256.

1. Dalam Bukhari dan Muslim: Para shahabat berebut mendapatkan sisa air wudhu’ Nabi sallAllahu ‘alayhi wasallam untuk digunakan membasuh muka mereka.

Imam Nawawi dalam Syarah Shahih Muslim berkata: “riwayat-riwayat ini merupakan bukti/hujjah untuk mencari barokah dari bekas-bekas para wali” (fihi al-tabarruk bi atsar al-salihin).

2. Nabi sallAllahu ‘alayhi wasallam biasa menggunakan saliva-nya untuk menyembuhkan penyakit, saliva beliau dicampur dengan sedikit tanah, dan diikuti kata-kata:

“Bismillah, tanah dari bumi kita ditambah dengan air liur dari orang-orang yaqin di antara kita akan menyembuhkan penyakit kita dengan izin Tuhan.” (Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim).

3. Nabi sallAllahu ‘alayhi wasallam pernah menyuruh setiap orang di Madina kemudian Makkah untuk membawa bayi-bayi mereka yang baru lahir, kepada siapa beliau sallAllahu ‘alayhi wasallam membacakan doa dan memasukkan campuran nafas dan ludah (nafs wa tifl) beliau ke dalam mulut bayi-bayi itu. Beliau kemudian memerintahkan pada ibu-ibu mereka untuk tidak menyusui sampai malam.

[Hadits riwayat Bukhari, Abu Dawud, Ahmad, Bayhaqi dalam Dala'il Nubuwwah, Waqidi, dll].

Nama-nama lebih dari 100 orang Ansar dan Muhajirin yang menerima barokah khusus ini diketahui lengkap dengan isnadnya.

Bakar Al-Quran, Kita & Mereka

Di dalam kesibukan Umat Islam menyambut Ramadhan dan Syawal maka ketika itu juga Amerika Syarikat dan Barat cuba mengambil kesempatan menghasut bagi mengujudkan satu lagi perang baru melawan Islam. Ianya melalui penghinaan terhadap Al-Quran dengan slogan “Burn A Quranday 11/9/2010”. Mengikut sesetengah pandangan beberapa orang pengkaji politik Timur Tengah bahawa dalang di sebalik pembakaran Al-Quran adalah Zionis Yahudi. Miski pun slogan ini di utarakan oleh Pederi Evangelist dari Gainesville, Terry Jones dari Dove World Outreach Center.

Mengikut pandangan seorang penulis Perancis terkemuka, Thierry Meyssan mengatakan bahawa “Pemimpin-pemimpin Barat tidak takut kepada Islam kerana Barat memerlukan peperangan sebagaimana manusia memerlukan udara untuk bernafas”. Katanya lagi bahawa “Kenyataan Presiden Barack Obama mengenai peningkatan hubungan baik dengan Dunia Islam adalah sesuatu yang dirancang.” Kenyataan itu semata-mata untuk mengelabui Dunia Islam agar penentangan terhadap Islam melalui Islamophobia meningkat di Barat. Buktinya bebrapa hari sebelum slogan “Burn A Quranday 11/9/2010” dilaungkan, Conselor German, Angel Merkel telah menganugerahkan anugerah khusus untuk kartunis yang menghina Nabi Muhammad saw.

Malah sesetengah pemimpin Amerika sendiri menghina Islam di dalam kenyataan mereka terkini. Ada sesetengah vetren perang Amerika seperti Leftenan Jenderal William Boykin Mantan Angkatan Darat, mengatakan bahawa Islam di Amerika merugikan Amerika sendiri. Mereka juga menilai Al-Quran dan syariah adalah satu Doktrin Sosial yang membawa kepada “Politik Totalitarian”. Malah bagi mereka perancangan memerangi Islam perlu dibuat sebagaimana mereka memerangi Kominis suatu waktu dahulu. ( Sumber Dengan Olahan Dari :Chicago Breaking News ,The Washington Times : Arrahmah.Com)

Komentar :

Di Barat dan Amerika :

Ketika Ramadhan yang lalu, Umat Islam seluroh dunia berpuasa dan dalam waktu yang sama kita disibukan dengan Al-Quran, bukan sahaja di Dunia Islam malah di Barat dan Amerika Syarikat juga suasana bacaan Al-Quran bergema di masjid-masjid dan juga di “Islamic Centres” yang mana sudah cukup untuk menarik mereka-mereka yang dahaga kepada hidayat untuk datang kepada Islam. Ini terbukti di Kanada bagaimana wanita muda yang bukan Islam ikut sama-sama berpuasa dan berbuka dengan masyarakat Islam di sana dan akhirnya tertarik kepada Islam.

Ianya bukan setakat menambah kadar peratus bilangan orang-orang Islam malah sudah cukup merubah suasana kepada suasana yang lebih Islamik. Kita juga dapati ketika bulan Ramadhan, ada Sinagong, Yahudi yang disewakan kepada masyarakat Islam setempat untuk acara solat Terawikh serta aktiviti bulan Ramadhan.

Selain itu, masjid-masjid dan “Islamic Centres” memberi ruang kepada tetamu yang bukan Islam untuk berkunjung serta menerangkan keindahan Islam. Maknanya usaha-usaha dakwah telah ditingkatkan secara tidak lansung dan hasilnya ramai yang meminati Islam serta memeluk Islam.

Penghayatan Islam melalui Ramadhan sudah cukup untuk merubah suasana di temapat mereka. Malah apa sahaja slogan yang menentang Islam tidak sedikit pun menggugat mereka.

Di Malaysia Bumi Bertuah :

Di tempat kita pula terbalik, antara Ogos/September sahaja sejumlah 27 bayi luar nikah dibuang. Ini berlaku di bulan Ramadhan. Sejumlah mereka-mereka yang ditangkap khalwat pada malam Kemerdekaan juga berbetulan malam ke 21 Ramadhan begitu ramai yang kebanyakkannya adalah pelajar IPT. Itu belum lagi yang hadir di Pub,Kaorake dan Kelab Malam serta yang makan di warong mamak di siang hari. Malah paling dasyat, pembunuhan trajis pun berlaku di bulan Ramadhan di tempat kita.

Apa yang kita dapat rumuskan bahawa Ramadhan di tempat kita tidak cukup merubah dan menabah suasana ketakwaan yang sepatutnya berlaku di bulan Ramadhan. Bayangkalah bagaimana pula bulan selain Ramadhan.

Sama-samalah kita renungkan. Wallahualam.

AL-Alorstari

Laparnya Rasulullah SAW, Kita Bagaimana?

Muslim dan Tirmidzi telah meriwayatkan dari An-Nu'man bin Basyir ra. dia berkata: "Bukankah kamu sekarang mewah dari makan dan minum, apa sahaja yang kamu mahu kamu mendapatkannya? Aku pernah melihat Nabi kamu, Muhammad saw hanya mendapat kurma yang buruk sahaja untuk mengisi perutnya!"
Dalam riwayat Muslim pula dari An-Nu'man bin Basyir ra. katanya bahawa: "Pada suatu ketika Umar ra. menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia! Maka dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah saw seharian menanggung lapar, kerana tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari kurma yang buruk saja untuk mengisi perutnya."
Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata: "Aku pernah datang kepada Rasulullah saw ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: 'Ya Rasulullah saw! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit?' Jawab baginda: 'Aku lapar, wahai Abu Hurairah!' Mendengar jawapan baginda itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: 'Wahai Abu Hurairah! Jangan menangis, kerana beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia.' (Kanzul Ummal 4:41)
Bukhari dan Muslim meriwayatkan pula dari Urwah dari Aisyah r.ha. dia berkata: "'Demi Allah, hai anak saudaraku (Urwah anak Asma, saudara perempuan Aisyah), kami senantiasa memandang kepada anak bulan, bulan demi bulan, padahal di rumah-rumah Rasulullah Saw tidak pernah berasap.' Berkata Urwah ra: 'Wahai makcikku, jadi apalah makanan kamu?' Jawab Aisyah r.ha: 'Kurma dan air sahaja, melainkan jika ada tetangga-tetangga Rasulullah Saw dari kaum Ansar yang membawakan buat kami makanan. Dan memanglah kadang-kadang mereka membawakan kami susu, maka kami minum susu itu sebagai makanan'." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:155)

Tarmidzi memberitakan dari Masruq, katanya: "Aku pernah datang menziarahi Aisyah r.ha. lalu dia minta dibawakan untukku makanan, kemudian dia mengeluh: 'Aku mengenangkan masa lamaku dahulu. Aku tidak pernah kenyang dan bila aku ingin menangis, aku menangis sepuas-puasnya!' Tanya Masruq: 'Mengapa begitu, wahai Ummul Mukminin?!' Aisyah r.ha menjawab: 'Aku teringat keadaan di mana Rasulullah saw telah meninggalkan dunia ini! Demi Allah, tidak pernah baginda kenyang dari roti, atau daging dua kali sehari'." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:148)
Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayatkan pula dari Abu Hurairah ra. katanya: "Sekali peristiwa ada orang yang membawa makanan panas kepada Rasulullah saw maka beliau pun memakannya. Selesai makan, beliau mengucapkan: 'Alhamdulillah! Inilah makanan panas yang pertama memasuki perutku sejak beberapa hari yang lalu'." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:149)
Tirmidzi memberitakan daripada Abu Talhah ra. katanya: "Sekali peristiwa kami datang mengadukan kelaparan kepada Rasulullah Saw lalu kami mengangkat kain kami, di mana padanya terikat batu demi batu pada perut kami. Maka Rasulullah saw pun mengangkat kainnya, lalu kami lihat pada perut baginda terikat dua batu demi dua batu." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:156)
Bukhari dan Ibnu Abid Dunia meriwayatkan dari Aisyah r.ha. dia berkata: "Bala yang pertama-tama sekali berlaku kepada ummat ini sesudah kepergian Nabi saw ialah kekenyangan perut! Sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan merajalelalah syahwatnya!" (At-Targhib Wat-Tarhib 3:420).
Muhasabah untuk sama-sama kita renungkan.

CoolServant editor: deynarashid
iluvislam

Siapa yang Mahu DitunjukiNya, Tiada yang dapat Menyesatkan

Alhamdulillah, artikel ni dipetik dari blog WanWMA sangat menarik untuk dibaca,pengalaman seorang yang patut diambil pengajaran, dan serba sedikit kritikan terhadap hidup yang sedang kita jalani sekarang. Wallahua'lam,moga dapat jadi pengajaran.

Apabila disebut nama Azmil Mustapha , majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan , ‘berkat’ daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen , semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini. Azmil, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan ‘penghijrahan’ daripada kehidupan yang penuh ‘lagha’ kepada pengabdian diri kepada Allah.

Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem ‘Puteri Gunung Ledang’; watak yang diilakonkan setelah syarat-syaratnya yang ketat diterima penerbit. Duda (mempunyai seorang anak dengan bekas isteri pertama dan empat dengan isteri kedua) dari Shah Alam, Selangor ini telah musafir ke Syria sejak setahun lalu untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama.

Wartawan Global Media Channel (GMC) berkesempatan menemuramah Azmil di Kota Bharu (beliau kembali ke Malaysia sempena cuti semester pengajiannya) yang hadir memenuhi undangan untuk menyampaikan ceramah kesedaran Islam anjuran PAS Kawasan Ketereh baru-baru ini.

Kenapa saudara memilih untuk ke Syria?

Saya buat solat hajat, minta dengan Allah, saya nak cari tempat belajar, Allah berikan petunjuk belajar di Syria. Dengan duit yang saya dapat dari menyampaikan ceramah-ceramah kesedaran Islam sebelum itu di Malaysia, saya terbang ke Syria dengan anak-anak saya.

Saya belajar Bahasa Arab di Maahad Taalim Lughatal Arabiah Lil Ajnabi (Institut Pengajian Bahasa Arab Bagi Orang Asing).Kalau saya terus masuk kelas (pengajian agama) anjuran syeikh-syeikh pun saya tak reti Bahasa Arab. Jadi saya belajar Bahasa Arab dahulu. Sementara itu saya belajar Al-Quran, tajwid dan tasmi’ dengan syeikh-syeikh. Saya juga belajar dengan pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Syria.

Sejak bila sebenarnya saudara ke sana?

Sudah setahun. Saya pergi redah sahaja. Tak ada buat rancangan. Dengan empat orang anak saya turut bersama (tiga perempuan dan seorang lelaki). Yang sulung kemudiannya balik untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini. Jadi kekallah tiga orang yang tinggal bersama saya di sana. Anak saya Noramalia Batrisya ,15, dan Mohd. Bazli Shafri, 13, belajar di Jami’ Abu Nur, sebuah kolej Islam antara yang termasyhur di Syria. Yang kecil baru masuk umur tujuh tahun dan belajar di darjah satu. Enam bulan pertama mereka dimasukkan dalam kelas bahasa Arab. Tidak ada masalah untuk mereka mengikuti pengajian dan sekarang sudah fasih berbahasa Arab. Saya amat puas hati dengan perkembangan mereka.

Puas hati macam mana?

Dengan perubahan perwatakan. Di Malaysia, dekat Shah Alam tempat kami tinggal dahulu banyak pengaruh yang tidak sihat. Cara hidup moden . Tapi di sana mereka mengaji Quran tiap-tiap hari, solat tidak tinggal dan pergaulan dijaga. Malah mereka sempat menasihati kakak yang pulang ke Malaysia “jangan tengok lelaki” bukan berkawan, tengok pun mereka tak bagi.

Di sana pergaulan antara lelaki dan perempuan amat dibatasi. Kita payah nak lihat pergaulan secara bebas berlaku. Duduk satu meja pun tak ada. Kalau di Yaman, negeri yang berjiran dengan Syria, dalam bas kalau hanya ada seorang wanita yang menjadi penumpang , yang lelaki tidak akan naik dan sanggup tunggu bas yang lain datang untuk dinaiki. Bimbang timbul fitnah walaupun hanya sebagai penumpang. Masing-masing sangat prihatin untuk menjaga perkara ini.

Antara perubahan yang ketara saya dapat lihat adalah pada anak perempuan saya, Noramaliya. Dia sebenarnya pelajar yang lemah. Semasa bersekolah di Malaysia, biasanya dia mendapat kedudukan 35 ke bawah. Dulu tinggal di Shah Alam, dia selalu ponteng sekolah. Tengok wayang di KLCC. Pergi ke sekolah tapi dalam beg ada pakaian lain untuk ditukar. Itu dah memang menjadi tabiat pelajar sekolah di Malaysia. Sampai di Syria, dia jadi pelajar yang terbaik. Padahal dalam kelas ada pelajar-pelajar luar negara yang lain seperti dari England, Afrika Selatan, Kazakhstan , China dan lain-lain. Dia yang muncul pelajar terbaik

Bagaimana saudara menyara kehidupan di Syria?

Tidak ada pendapatan tetap tapi saya sangat bernasib baik kerana mendapat bantuan. Saya diberi tempat tinggal percuma oleh seorang Syeikh di sebuah apartmen di pinggir Damsyik. Saya akui duit pun tak banyak tapi diam tak diam sudah sampai setahun saya di sana dan tidak timbul sebarang masalah besar. Kita kena yakin rezeki itu datang daripada Allah. Ada saja duit yang masuk. Sentiasa ada bantuan diterima kerana saya dan anak-anak dikira orang yang sedang menuntut ilmu.

Malah ia sampai ke tahap saya kadang kala terpaksa buang makanan yang diberi oleh jiran kerana terlampau banyak. Dan di sana kita yang pergi belajar dengan Syeikh ini bukan kita yang membayar Syeikh tapi mereka pula yang memberi duit pada kita. Perkara ini sudah jadi kebiasaan orang Syria . Jika tidak pun, dia akan beri kita roti setiap kali pergi belajar. Pergi solat Jumaat pun dapat duit. Budaya memberi amat dititikberatkan. Paling kurang, yang dewasa akan menyediakan gula-gula dalam poket untuk diberi kepada kanak-kanak.

Saya juga terkejut kerana kadang-kadang menerima sumbangan yang nilainya mencecah RM1000. Kalau yang kaya lebih lagilah mereka sumbangkan. Anak kepada Syeikh yang menyediakan rumah percuma untuk saya pernah menyumbang jutaan ringgit kepada fakir miskin dalam bulan Ramadhan. Kenapa saudara fikir perubahan-perubahan positif sama ada kepada anak atau saudara sendiri boleh berlaku? Adakah perbezaan antara Syria dan Malaysia ini begitu ketara sekali sedangkan kedua-duanya adalah bumi orang Islam?

Bumi Syria ini ada kelebihan. Saya daripada kecil sampai besar memang belajar di sekolah yang tidak berasaskan kepada Islam. Saya menuntut di dua buah sekolah mubaligh Kristian iaitu La Salle Institution dan St John Institution. Dari situ saya menyambung pula pelajaran ke Indiana University di Amerika. Daripada kecil sehingga dewasa, saya tidak pernah belajar dan khatam al-Quran.

(Di Amerika , Azmil belajar dengan pengkhususan dalam penerbitan televisyen, radio dan filem. Beliau hanya tinggal tiga lagi jam kredit untuk dihabiskan sebelum dihantar pulang ke Malaysia oleh Jabatan Imigresen Amerika. Tindakan itu diambil ketika Amerika membuat penapisan orang-orang Islam dari negara luar berikutan kemenangan kumpulan Islam (Syiah) menjatuhkan kerajaan beraja Shah Mohammad Reza Pahlavi. Azmil dikesan bekerja sambilan walaupun syarat hanya membenarkan pelajar luar yang mempunyai 12 kredit atau lebih sahaja untuk berbuat demikian. Ayahnya Dato’

Mustapha Kamil Yassin, bekas pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia tidak mahu Azmil mengambil biasiswa kerana kedudukannya sebagai kakitangan kerajaan gred A. Mula-mula saya berubah dulu nak baca surah al- Fatihah pun tak boleh. Kena baca mengikut tulisan rumi. Nak sembahyang semua ayat kena ditulis ke huruf rumi. Tak pernah dapat hafal. Sehinggalah apabila saya ke Syria.

Di sana, anak-anak saya belajar Al-Quran dengan seorang syeikhah (ustazah) di rumahnya. Selepas sebulan syeikhah tersebut datang melawat ke rumah. Dia mahu melihat keadaan keluarga macam mana. Bila datang dia meminta saya mengajar anak-anak. Dia suruh saya baca satu surah. Bila “check” ayah baca pun tak betul, dia pun minta anak muridnya yang lain tolong ajarkan anak-anak saya.

Tapi alhamdulillah berkat mengaji tiap-tiap pagi, kini saya sudah boleh menghafal satu, dua muka surat dengan senang. Ini memang saya pelik. Saya rasa ini memang kesan tinggal di bumi Syam (Syria), bumi para anbiya’.

Dahulu negara ini tertutup. Sebab ia mengikut pengaruh Rusia. Jadi negara lain menyisihkannya. Apabila Syria disisihkan, ia sebenarnya terselamat. Macam di Malaysia, apabila dibuat dasar terbuka, semua pengaruh dapat masuk, ia merosakkan kita. Budak-budak sekarang budaya sendiri pun tak kenal . Dan dia tak mahu ikut. Dia lebih seronok ikut budaya asing, budaya Barat. Budaya ini di Melayukan dengan bahasa. Tapi isinya tetap dari pengaruh yang menyimpang dari ajaran Islam.

Adakah kerana saudara bimbangkan keadaan begini sehingga sanggup membawa anak-anak jauh dari Malaysia? Azmil Mustafa Sebab benda inilah saya bawa anak-anak keluar. Bila saya bawa anak-anak keluar, ada kawan-kawan yang tegur saya ” Jadi anak kamu ini tidak ada SPM. Macam mana nak cari kerja?”

Saya jawab balik, “Rezeki itu kerana Allah bukan kerana SPM”. Orang ada SPM pun berlambak tak ada kerja. Ada ijazah UM pun tak ada kerja. Ada Master USM pun tak kerja. Kita kena ingat rezeki itu dari Allah.

Sekarang anak-anak saya sudah hafal Juzuk Amma. Saya percaya dalam tiga empat tahun lagi, Insya Allah satu Quran tu dpat habis dihafal. Itu lebih berharga. Kalau dia jadi arkitek atau jurutera tapi Quran pun tak tahu buat apa. Macam saya dulu jadi pengarah filem tapi Quran pun tak tahu, buat apa?

Memberi pendidikan Islam pada anak-anak sehingga sampai berhijrah ke Syria. Orang lain mungkin tak berpeluang berbuat demikian macam saudara.?

Saya rasa kalau kita ajar anak kita cara Islam tak ada kekurangannya bagi saya. Malahan Allah mungkin akan mecurahkan kemudahan kepadanya. Sekarang kita kongsi raya, kita kongsi hukum, kongsi taraf atau standard Islam dengan yang lain. Kita membandingkan ajaran Islam dengan yang Barat.

Kalau tak seperti Barat, kita anggap standard kurang. Kita campur aduk hukum Allah dengan hukum kafir. Inilah yang saya nampak masalah kita pada hari ini. Ini pun nak berlaku di Syria pada hari ini. Kalau di negara kita lama dah dijajah 500 tahun dahulu dan kita masih ‘terjajah’. Syria ini dia baru terbuka tak sampai 10 tahun. Jadi generasi dia sekarang dia baru rosak.

Kalau kita di Malaysia, kerosakan bermula sejak dari generasi bapa kita dahulu. Mareka agungkan England dan Amerika.

Tetapi bagi saya , kalau orang Syria nak ikut barat pun, agaknya kena juga dengan fizikal mereka itu. Tapi kita Melayu pun nak mata warna biru, rambut warna perang. Tak kenalah. Nampak janggal sangat kalau yang Melayu nak tiru.

Bagaimana kita hendak menghadapi perubahan budaya sebegitu ?
Di Syria, guru-guru yang pegangannya kuat masih bertahan. Kita di Malaysia, lebih banyak yang kebaratan daripada Islam. Kita di sini mereka yang nak kepada Islam sedikit, yang nak kepada barat banyak.

Dari sekolah itu yang diajar. Supaya kita bersedia dengan pengaruh dan sistem barat. Sekolah-sekolah kita, tamat persekolahan kita berpeluang belajar sampai ke universiti di Amerika, di England. Tetapi kalau kita keluar dari pondok atau sekolah agama, peluang sambung belajar itu tidak seberapa.

Apa yang kita lakukan adalah untuk menyesuaikan diri kepada budaya barat.
Dan ini kita tak sedar. Kita seolah-olah nak menyediakan diri masuk ke institusi dan sistem yang kerap kalinya meruntuhkan jati diri Islam..

Dan yang peliknya, orang tidak bimbang kalau yang keluar tingkatan enam sekolah biasa tak boleh baca Alif Ba Ta. Nak masuk sekolah tahfiz pun payah sebab tak kenal huruf walaupun tamat tingkatan enam. Benda ni dah berlaku sejak zaman dulu lagi dan kita tidak sedar.

Saya cakap kepada seorang sahabat di Syria kenapa kamu ghairah nak buka peluang kepada barat. Saya dah tengok keadaan di negara saya apa yang berlaku. Dia kata mereka pun nak moden. Moden apa? Moden nak tengok anak-anak terbuang di tong sampah. Moden nak tengok anak-anak mati sia-sia kerana terlibat denbgan lumba haram. Itu moden buat apa. Pembangunan sedemikian yang membangun hanya bangunan dan jalan raya. Akhlak runtuh.

Akhlak diruntuhkan kerana nak mencantikkan bangunan dan jalan. Sebab itu fikirlah, kerana tak ke mana kita dengan pembangunan sebegitu.

Kenapa remaja dan kita sendiri sebenarnya cenderung untuk meminati budaya hiburan?

Sebab memang sudah disediakan sejak daripada dulu. Pendidikan dan cara hidup disediakan untuk membolehkan anak-anak bersedia menerima sistem yang menyimpang dari bukan untuk menjadi hafiz atau ulama’. Penyediaan dilakukan untuk membawa masyarakat ke arah keseronokan.

Kalau kita tengok babak dalam filem Melayu, babak minum arak , berdansa, sejak dari zaman P Ramlee sudah ada.

Sejak sekolah lagi , anak-anak dibiasakan dengan budaya Barat. Ada sukan gimnastik sampai terkangkang anak-anak diajar guru; sukan renang, jadi separuh bogel. Kita disediakan untuk menerima budaya barat. Mana kita amalkan hukum syariah ? Itu masalah kita.

Pada pandangan saudara, masalah keruntuhan akhlak ini bagaimana nak diselesaikan?

Sekarang kita taat pada hukum yang tidak berpaksikan Islam. Undang-undang yang dimulakan oleh British dahulu. Cuba kita gunakan hukum syariah, saya percaya gejala sosial yang teruk dalam negara dapat dikurangkan sebab kita menyediakan masyarakat untuk ke akhirat. Sekarang kalau membabitkan hukum Allah, ia dikira hak persendirian. Anda hendak buat atau tidak, itu pilihan anda sendiri. Tapi mereka (kerajaan) tak galakkan pun. Itulah masalah sekarang.

Bagaimana kita nak menyedarkan masyarakat?

Islam ini mesti dijalankan bermasyarakat. Tapi tanggungjawab itu tetap pada diri sendiri. Kita sendiri mesti mulakan dahulu . Contohnya kita dilatih berpuasa sama ada di dalam atau dil luar rumah. Walau di mana pun kita tahu Allah melihat.

Sebab itu kita kena buat pilihan. Dua sahaja pilihan kita. Sama ada ikut jalan Allah atau ikut syaitan. Tidak ada jalan tengah. Tidak ada kompromi. Setiap benda yang berlaku dalam masyarakat dunia hari ini kita kena buat pilihan antara yang benar dengan yang tidak. Gunakan akal.

Islam ini agama untuk yang tahu berfikir. Bukan taat buta tuli. Kalau kita gunakan akal fikiran baru kita sedar. Kita kena fikir tentang keesaan Allah. Ini yang kita kena ajar anak-anak. Sekarang apa yang diajar kena cari duit banyak-banyak. Bila ikut cara Islam barulah ada keberkatan.

Berbalik kepada dunia hiburan, adakah tidak ada ruang sebenarnya untuk ia menjadi lebih baik?

Boleh kalau industri kita industri yang beriman. Tapi industri kita meniru Bollywood, Hollywood, Hong Kong dan lain-lain. Kita menuju ke arah keruntuhan. Ini yang bahayanya.

Nasihat kepada rakan artis

Pendek sahaja ; Allah melihat apa yang kamu buat.

Wallahualam.....


Komen saya; perghhhhh, dapat petunjuk terus Allah izin ke Syria,. Kita yang selama ni teringin nak ke sana tak dapat2 lagi. Moga-moga adalah peluang ziarah ulamak2 di sana. InsyaAllah

Adab Berhari Raya


ALhamdulillah, selamat kita selesaikan sebulan berpuasa. Hari raya yang menjelang mesti menjadi sebab kesukaan ramai orang, dan kesedihan sesetengah orang. Antara yang perlu dibimbangkan ialah sukarnya seseorang untuk menjaga adab tatasusila semasa berkunjung atau dikunjungi,khususnya keluarga terdekat. Di sini terdapat beberapa adab yang perlu diusahakan supaya Hari Raya dapat dijadikan alat untuk pengampunan dosa, bukan gelanggang maksiat tanpa sedar.

Adab~Menjaga Mata

Mata sebenarnya diciptakan oleh Allah Taala untuk engkau dapat melihat segala sesuatu sehingga engkau dapat menggunakannya dalam menunaikan segala hajatmu dan engkau dapat melihat dengan matamu akan keajaiban ciptaan langit dan bumi,supaya engkau dapat mengambil iktibar daripadanya , maka peliharalah matamu dari empat perkara;

  1. melihat perempuan yang bukann mahram
  2. melihat gambar-gambar yang lucah yang membangkitkan syahwat
  3. melihat orang lain dengan pandangan penghinaan
  4. melihat keaiban orang lain
Adab~ Menjaga Perut

Maka hendaklah engkau menjaga perutmu daripada memakan yang haram dan yang shubhah dan berusahalah untuk mencari makanan yang halal dan apabila engkau telah mendapatkannya maka hendaklah engkau merasa cukup dengan memakannya dan hendaklah engkau berhenti sebelum kenyang kerana perut yang kenyang itu mengeraskan hati dan menumpulkan akal dan memberatkan anggota daripada berbuat ibadah dan mencari ilmu bahkan perut yang kenyang itu akan menguatkan syahwat dan membantu tentera syaitan.

Kenyang dengan yang halal adalah punca segala kejahatan maka betapa pula kenyang dengan yang haram? Oleh itu mencari makanan yang halal adalah wajib atas setiap orang Islam dan berbuat ibadah atau mencari Ilmu dengan memakan makanan yang haram adalah seperti membuat sesuatu binaan di atas longgokan sampah.

Apabila engkau merasa cukup dalam setahun dengan hanya memakai sehelai baju yang kasar dan merasa cukup dalam sehari semalam dengan dua potong roti daripada tepung yang kasar dan engkau mampu meninggalkan kelazatan gulai maka pasti maka pasti makanan yag halal cukup bagimu. Harta yang halal itu sebenarnya banyak. Dan engkau tidak dituntut memeriksa sampai kepada perkara2 yang kecil bahkan memadalah bagimu bahwa engkau menghindari apa-apa yang telah engkau kenal pasti bahawa harta itu adalah haram atau engkau sangka bahawa ia adalah haram dengan bukti-bukti yang nyata yang telah sabit daripada harta tersebut.

Sumber~ Bidayah Hidayah

Followers